
[VIDEO] "Bila Gorgon Datang Shopping!" - Momen Cemas Bila Seekor Biawak Masuk Kedai
TERKINIRaya Aidiladha bakal menjelang tak lama lagi. Macam mana dengan persiapan korang? Dah beli dah ke segala keperluan dan kelengkapan? Yang belum tu jangan risau sebab sempat lagi nak berbelanja kerana banyak kedai yang sedang mengadakan promosi.
Salah satunya kedai Qaseh Laniayang terletak di Bangi. Pelbagai pilihan jenis kasut wanita tersedia untuk anda. Lagi best sebab satu promosi sedang berlangsung sekarang. Namun, siapa sangka kedai mereka didatangi satu pelanggan yang cukup menakutkan.
Viral di platform TikTok, seekor biawak yang sesat memasuki premis mereka! Momen cemas tersebut berjaya di rakam melalui CCTV. Berdasarkan video, reaksi pekerja ketika itu memang terkejut dan bertempiaran melarikan diri.
Mujur seorang abang kontraktor yang sudi membantu mereka untuk membawa biawak tersebut keluar. Biarpun bergelut pada awalnya, abang tersebut berjaya menyelamatkan keadaan. Biawak pun berlari masuk kedai kalau dengar ada sale, ini kan lagi kalau orang perempuan!