[VIDEO] "Order Dari Kubur" - Rider FoodPanda Ni Dipuji Tetap Hantar Makanan Meskipun Lokasi Menyeramkan!
TERKINIPenghantar makanan atau rider pastinya banyak pengalaman membuat penghantaran tanpa mengira tempat atau lokasi.
Tanpa mengira cuaca atau waktu, penghantar makanan akan melakukan segalanya demi mengumpul duit buat keluarga atau diri mereka.
Kebiasaan pastinya rider menghantar di rumah ataupun pejabat, tapi jangan main-main sekarang ini sampai ke kawasan perkuburan demi memenuhi pekerjaan mereka.
Satu video pendek telah dikongsi oleh pengguna TikTok, @anwarcaad13 mengenai kesanggupan rider yang sanggup masuk ke kawasan perkuburan.
@anwarcaad13 #foodpandamalaysia #galikubur #pizzahutmalaysia ♬ original sound - anwarcaad13 - Anwar Abdul Rahman Full
Pastinya pada mula ramai yang menolak mungkin kerana takut ia adalah gurauan semata tanpa mengetahui sebenarnya memang ada orang buat pesanan.
Rupanya yang membuat pesanan itu adalah sekumpulan orang yang sedang menyiapkan lubang kubur kerana ada kematian.
Mungkin terlalu lapar tapi banyak lgi kerja perlu dilakukakan hingga mereka terpaksa membuat pesanan dalam aplikasi penghantaran makanan.
Rata-rata netizen kagum dengan keberanian penghantar makanan tersebut, yang tidak takut untuk membuat penghantaran meskipun tahu lokasinya di kawasan perkuburan.
“Ingat kena scam (tipu). Nayaaa ikut lokasi tahu-tahu sampai kubur. Nasib baik tak kena scam.
“Agak-agaklah bang order (buat pesanan) lokasi dekat kubur. Aku rasa dia fikir banyak kali sebelum hantar.
“Abang ini tenang sahaja sebab sebelum ini pernah hantar pesanan dekat alam sebalik mata,” antara komen warganet.