"Keren! Indonesia Ada Kereta Api Cepat Jakarta-Bandung" : Orang Ramai Boleh Naik Percuma Bermula Oktober Ini

TRAVEL
September 14, 2023 - 01:00 PM


Jika di Jepun terkenal dengan kereta api 'peluru' Shinkansen yang membuatkan ramai ingin mencuba pengalaman menaiki kereta api paling laju di dunia dengan kelajuan 600km/jam.

Siapa sangka tidak lama lagi juga negara jiran kita Indonesia juga bakal memiliki kereta api cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang boleh bergerak pada kelajuan tertinggi 420 km/j.

KCJB itu juga lapornya sudah secara rasmi menjadi kereta api paling laju di Asia Tenggara! 

Menurut laporan berita Indonesia -- Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan bahawa orang ramai boleh mengambil bahagian dalam ujian perjalanan kereta api cepat Jakarta-Bandung atau disebut KA Cepat bermula bulan depan (Oktober 2023).

Perkhidmatan kereta api itu akan memendekkan perjalanan antara Jakarta dan kota Bandung di Jawa Barat dalam masa antara 45 hingga 50 minit sahaja -- berbanding perjalanan sebelum ini menggunakan kereta api biasa mengambil masa sehingga 3 jam lamanya.

Meskipun kereta api generasi baharu itu direka boleh bergerak pada kelajuan tertinggi 420 km/j -- namun atas sebab keselamatan pihak berkuasa memaklumkan kelajuan yang diluluskan adalah pada 350 km/j.

Keputusan itu dibuat selepas kereta api berkenaan telah melalui beberapa ujian pada kelajuan tersebut tanpa sebarang masalah.

Dalam pada itu, bersempena tempoh ujian bermula bulan depan orang ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma selama dua bulan.

Destination: