"Naik Lagi, Bertabahlah Rakyat Malaysia!" - Ini Harga Terbaharu Roti Gardenia Mulai 1 Oktober 2023
TERKININaik harga lagi! Sebut sahaja Gardenia, buat penggemar roti pastinya sudah dapat membayangkan keenakan dan kelembutan roti putih jenama tersebut. Gardenia (KL) Sdn Bhd. telahpun menyemak semula harga bagi produk-produknya berkuat kuasa 1 Oktober ini.
Ini berikutan sebuah notis menjadi tular di media sosial memperlihatkan senarai perubahan harga produk-produk Gardenia berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, senarai harga baru beberapa jenis roti Gardenia, jem kaya dan mee mengalami kenaikan harga sebanyak RM0.10 hingga RM0.40 bagi produk terpilih berbanding sebelumnya.
Berikut disenaraikan harga baru Roti Gardenia yang berkuatkuasa 1 Oktober 2022 :
Antara produk yang mengalami perubahan harga seperti rangkaian Gardenia Toast’em, Gardenia Twiggies, Gardenia Waffles, Gardenia Puazzi, Gardenia Quickbites, Gardenia Double Choc Muffins, Gardenia Squiggles, Gardenia Auntie Rosie Kaya, Gardenia Fluffy dan Gardenia Numee.
Walaubagaimanapun, roti putih yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, Gardenia Original Classic tidak tersenarai. Ini bermaknanya harga kekal seperti biasa.
Sebelum ini harga roti putih Gardenia Original Classic telah naik sebanyak tujuh peratus atau 20 sen pada 1 September 2022. Menurut mereka, kenaikan harga produk-produk Gardenia adalah disebabkan oleh meningkatnya kos dan bahan -bahan mentah seperti tepung gandum, lemak sayuran serta kos pengangkutan yang sangat ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sumber: Murai.my