[VIDEO] "Terus Tunduk Ular Tedung Tu!" - Lelaki Ini Kongsi Rahsia Kelebihan Doa Nabi Sulaiman

TERKINI
October 03, 2023 - 12:58 PM


Sering didengar, haiwan mempunyai kebolehan memahami dan 'berkomunikasi' dengan manusia.

Hal ini dibuktikan menerusi video TikTok yang dimuat naik Mohdamirfaizal, memperlihatkan perlakuan seorang lelaki bertopi keledar 'menundukkan' ular dengan hanya dia berbicara lembut dan membahasakan dirinya 'abah' dan 'adik' kepada ular hingga menarik perhatian ramai.

Video berdurasi satu minit 33 saat meraih hampir 263,000 tontonan selepas sehari dimuat naik merakamkan proses menangkap ular tedung, namun reaksi haiwan berbisa itu seolah-olah mendengar kata selepas diberi salam serta dibacakan doa Nabi Sulaiman.

Sambil 'menenangkan' ular itu, lelaki terbabit menjelaskan spesies itu ialah ular tedung senduk atau nama saintifiknya, Naja naja kaouthia tetap berbahaya walaupun bersaiz kecil.

"Ini ular kedua yang tangkap minggu ini," katanya yang turut meninggalkan komen yang dia sering membahasakan diri sebagai abah kepada ular yang ingin ditangkapnya.

"Saya selalu bahasa diri saya abah dan haiwan yang saya nak tangkap dengan nama adik.

"Ada juga yang tak dengar cakap.. Boleh tengok video terbaru.. InsyaAllah kalau nak tangkap ular kena tenang dan lagi satu kena ada ilmu dan keberanian," katanya membalas komen netizen yang memujinya berani.

@sitiwankembang123 #duet with @mohdamirfaizal ♬ bunyi asal - mohdamirfaizal

Dalam pada itu, netizen tidak menyangka cara yang dilakukan dengan memberi salam dan membacakan doa Nabi Sulaiman, menjadi.

Ada juga yang mengatakan perkara ini sememangnya menjadi jika dibaca dengan betul dan sering mengamalkan ketika di dalam rumah agar tidak mempunyai haiwan berbisa atau perkara yang tidak diingini terjadi.

Sementara itu, seorang pengguna TikTok dengan nama Abe Lie Jambu, berkata dia pernah melalui situasi sama ketika berada di dapur rumahnya didatangi ular.

"Saya pernah lalui situasi macam ini dekat dapur rumah..Saya baca ayat Nabi Sulaiman ini sebanyak tiga hingga tujuh kali, dengan izin Allah ular itu cari jalan keluar dari dapur," katanya.

Seorang lagi pengguna, Zie Ramly berkata, dia membaca doa itu untuk melindungi dirinya daripada binatang liar.

"Saya nak pergi kerja atau melakukan kerja baca doa ini, sebab kawasan saya bekerja ada binatang liar.

"Alhamdullilah, buat masa ini tidak diganggu," katanya.

Sumber: Berita Harian

Destination: