"Diet Tapi Nak Makan Coklat?" - VitaChocs Pilihan Terbaik Untuk Anda

GAYA HIDUP
October 23, 2023 - 11:36 AM


Setiap kali membayangkan tentang coklat pasti akan terlintas di fikiran tentang sejenis makanan manis dan boleh membahayakan kesihatan diri.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan -- coklat bukanlah pilihan makanan terbaik untuk diet mereka.

Namun, sekarang anda tidak perlu risau kerana di pasaran terdapat coklat yang anda boleh makan tanpa perlu rasa bersalah kerana ianya merupakan coklat vegetarian yang bebas dengan bahan pengawet.

Coklat yang dimaksudkan adalah "VitaChocs"!

Merupakan sejenis snek menyihatkan, VitaChocs adalah coklat vegetarian yang dicampur dengan pati minyak untuk menambahkan rasa dan aroma bagi membantu anda mengurangkan tekanan -- selain memperbaiki proses pencernaan.

Lebih menarik, VitaChocs ini juga diperkaya dengan nutrien tambahan sehingga ianya sesuai dijadikan sebagai makanan ringan yang berkhasiat.

Berkongsi cerita mengenai bagaimana terciptanya idea bagi menghasilkan coklat sihat ini -- Penny Choong yang merupakan Pengasas & Pengarah Urusan VitaChocs menjelaskan ia mula tercetus apabila dia bertemu dengan Katherine Khoo, seorang penasihat kesihatan dan pemakanan. 

Sebelum itu, Penny sebenarnya mengalami tekanan dan sakit kepala kronik lantaran rutin kerja yang terlalu padat. Hal tersebut membuatkannya mula memberi tumpuan terhadap aspek kesihatan terutama dalam hal penjagaan makanan.

Pertemuan antara kedua-dua wanita tersebut menyebabkan tercetusnya idea bagi menghasilkan VitaChocs, coklat bar yang menyihatkan untuk dihadam.

“Selain dijual dalam talian, kami juga memasarkan VitaChocs di Qra Grocer. Kami juga menjalin kerjasama memasarkan produk ini di tempat-tempat yang ada kaitan dengan penjagaan kesihatan seperti gym, spa, pusat kesihatan dan juga organik kafe yang memfokus pada makanan sihat. Malah, kami juga menerima banyak permintaan daripada golongan vegetarian,” kata Penny sewaktu ditemubual ketika Majlis Pelancaran VitaChocs yang berlangsung di gym Fitokio di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

VitaChocs diperkenalkan dalam 6 jenis perasa iaitu peppermint dark chocolate, lemon dark chocolate, grapefruit dark chocolate, tangerine & almond dark chocolate, relax peppermint chocolate dan relax lemon chocolate.

Menurut Penny lagi, kini mereka dalam proses untuk mendapatkan sijil halal dan dalam perancangan untuk meluaskan jualannya ke negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.

 

Kredit: Utusan TV

Destination: