Pelakon Hollywood Dipercayai Jason Statham Pasang Bendera Palestin Di Bonet Kereta

HIBURAN
October 25, 2023 - 10:37 AM


Kemelut yang melanda bumi Palestin sejak beberapa minggu lalu telah menyebabkan ramai penduduk dunia menyatakan sokongan dan solidariti mereka terhadap kejadian itu.

Bukan sahaja sokongan dari orang awam, golongan selebriti, pempengaruh media sosial dan mereka yang popular juga turut menyuarakan pendapat terhadap penderitaan yang dialami warga Palestin.

Baru-baru ini nama pelakon Hollywood, Jason Statham menjadi bualan ramai kerana dikatakan memberi sokongan kepada Palestin. Hal ini kerana, terdapat sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki yang seakan-akan dirinya sedang memasang bendera Palestin di kereta.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna X, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai adalah pelakon Jason Statham dilihat memasang bendera Palestin di bonet keretanya.

Dalam video yang sama, lelaki itu juga dilihat memasang kain mafla Palestin di cermin sisi keretanya sebelum menaiki kereta dan meninggalkan kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, video yang mendapat perhatian tersebut di sanggah oleh orang ramai yang mengatakan bahawa figura tersebut bukanlah Jason Statham tetapi orang awam biasa yang menyokong Palestin. 

 

Sumber: X

Destination: