Serlahkan Pesona Anda Dengan Koleksi Terbaharu ALBA Black & White Bersama Anello Japan

TRAVEL
November 01, 2023 - 04:26 PM


Pemilihan jenama dan reka bentuk jam tangan memainkan peranan yang cukup penting dalam menyerlahkan pesona si pemakai. Bagi sesetengah individu jam tangan juga membawa simbol kepada status. Reka bentuk, jenama serta keluaran terhad menjadi antara tarikan utama pemilihan jam di kalangan lelaki mahupun wanita.

Jadi, jika anda ingin tampil bergaya dan menawan anda perlu bijak dan tahu bagaimana untuk membeli jam tangan dengan betul. Ketahanan serta reka bentuk yang menarik membuatkan gaya harian anda menjadi lebih terserlah.

 

Pilihan yang popular dan pastinya sesuai dipakai dengan apa jenis fesyen sekali pun tidak lain adalah Black & White. Warna hitam putih akan sentiasa menampakkan anda lebih elegan dan cukup klasik. 

Terbaharu ALBA bakal mengeluarkan koleksi jam tangan Black & White yang mampu menjadikan gaya anda lebih menarik. Koleksi ini hadir dengan dua jenis iaitu AT3J67X1 dan AT3J65X1. 

 

 

Lebih istimewa kali ini, ALBA juga berkolaborasi bersama anello Japan dengan setiap pembelian ALBA Black & White PERCUMA anello TOGO Pouch yang sangat stylo. 

Jadi anda tunggu apa lagi? Koleksi istimewa ALBA Black & White akan mula dilancarkan di Malaysia pada 1 November 2023. Promosi ini terhad untuk masa tertentu sahaja, dapatkan segera sementara stok masih ada. 

Info lanjut anda boleh layari:

Destination: