Panas Terik Sehingga Ada Peminat Yang Maut, Taylor Swift Tunda Konsert
HIBURANBintang pop Hollywood, Taylor Swift telah menangguhkan persembahannya pada Sabtu di Rio de Janeiro akibat cuaca yang panas, sehari selepas kematian seorang peminat yang jatuh sakit di tempat konsert.
Swift menerusi sebuah hantaran di Instagram berkata, keselamatan dan kesejahteraan peminat menjadi keutamaan dalam persembahannya.
"Keputusan sudah dibuat untuk menangguhkan pertunjukan malam ini kerana suhu yang melampau di Rio.
"Keselamatan dan kesejahteraan peminat saya, rakan penghibur dan kru perlu, dan sentiasa akan diutamakan," tulisnya.
Menurut penganjur acara, T4F di laman Instagram, Ana Clara Benevides, 23 tahun, berasa tidak sihat di stadium Nilton Santos ketika konsert pada Jumaat (17 Nov) sebelum meninggal dunia di hospital. Punca kematiannya masih belum dikenal pasti, sedang siasatan dijalankan, dedah khidmat kesihatan Rio.
Untuk makluman, pada hari Jumaat, Rio mencatat indeks haba tertinggi iaitu pada 59.3 darjah Celcius. Pada hari yang sama, sekitar 60,000 peminat berkumpul untuk konsert pertama Swift yang laris terjual di stadium terbuka, yang terletak di kawasan kejiranan utara yang lebih panas, jauh dari pantai Rio yang berangin.
Bukan itu sahaja, menurut satu rakaman di X, penyanyi itu juga kelihatan 'lelah' akibat cuaca yang terlalu panas ketika melangsungkan persembahan pada hari jumaat.
As much as some may disagree, today’s postponement was very much necessary for the safety of everyone, Taylor included, you can see just how much the heat was getting to her after yesterday’s show and doing that again would have not been a good idea.
— The Eras Tour (@tswifterastour) November 19, 2023
pic.twitter.com/w63FeGahut
T4F menyatakan persembahan pada Sabtu yang ditunda akan diubah kepada Isnin (20 Nov).
Ketika konsert pada Jumaat, sejumlah peminat jatuh sakit, sehingga menyebabkan Swift menghentikan persembahannya dan meminta pasukan produksi untuk mengagihkan minuman, seperti yang dirakam dalam beberapa video di laman X.
taylor repeatedly telling people working the venue to give fans water and then having to do it herself while performing because they wouldn’t listen to her :( they were so negligent and this whole tragedy could’ve been prevented if they just prioritized fans’ safety. so gross. pic.twitter.com/G4I4D1VT43
— jayde 🎧 (@mirrorballboobs) November 18, 2023
Berikutan kematian Cik Benevides, Menteri Kehakiman Brazil Flavio Dino mengumumkan bahawa pemerintah mengeluarkan arahan untuk membenarkan botol air dibawa masuk ke konsert.
Kredit: Harian Metro