"Saya Akan Culik Anak Awak" - Nabila Huda Diugut Kerana Mencuri Budaya Indonesia

HIBURAN
November 20, 2023 - 11:39 AM


Pelakon popular, Nabila Huda baru-baru ini mendedahkan bahawa dia menerima satu ugutan dari individu yang dikatakan berasal dari Indonesia selepas mendakwa bahawa dia mencuri budaya negara berkenaan.

Lebih mengejutkan lagi, individu tersebut juga mengugut mahu menculik anak perempuannya iaitu Keisha Laila. Menerusi ciapan di laman X, individu tersebut dilihat menulis hantaran dengan nada tidak berpuas hati terhadap Nabila.

"Nabila Huda adalah ‘claimer’ nombor satu, pencuri budaya Indonesia.

"Saya akan culik anak awak kalau awak masih ‘claim’ tentang budaya Indonesia.

Ciapan tersebut mendapat perhatian dari Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi yang mengulang ciap hantaran tersebut dan meminta bantuan pengikutnya untuk memberi respon terhadap individu berkenaan.

Bagaimanapun, akaun tersebut didapati tidak lagi boleh diakses secara umum selepas ditukar kepada mod privasi.

"Boleh sesiapa tolong balas?

"Oh dia dah ‘private’ akaun eh?" tanya Nabila.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan individu tersebut sangat melampaui batas selain menasihati Nabila untuk membuat laporan polis demi keselamatan dia dan keluarga.

"Dah buat laporan polis? Dah ugut anak ini bukan main-main walaupun dia jauh di sana.

"Kenapa dia ni? Aduhai..boleh buat laporan untuk keselamatan.

"Kena buat laporan polis ini, main ugut-ugut itu yang bahaya," antara komen yang ditulis.

Haish, berani eh orang sekarang ugut-ugut secara terbuka ni....

 

Gambar & Sumber: Gempak & Oh Bulan

Destination: