[VIDEO] "Laaa Rupanya Dia Bukan Orang Kemboja" : Wanita Ini Bongkar Apa Keturunan Sebenar Makcik Kemboja

TERKINI
November 24, 2023 - 03:55 PM


Beberapa hari yang lalu kecoh mengenai video seorang usahawan dikenali sebagai Madame Mariyah yang membuat kenyataan kontroversi mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin berbanding orang Melayu.

Kenyataan yang dibuatnya itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak sehinggakan Persatuan Melayu Champa Johor Bahru membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan usahawan tersebut.

Bukan Orang Kemboja?

@ma_960430

 

♬ original sound - Secret privacy

Terbaharu, timbul pula dakwaan mengatakan Mariyah yang kini digelar ‘Mak Cik Kemboja’ bukanlah orang  berketurunan Kemboja seperti mana yang dikatakannya di dalam video tempoh hari.

Menerusi rakaman video yang tular, seorang wanita bernama Mastika Abdullah mendakwa Mariyah dan keluarganya datang dari negara Vietnam selepas berlakunya peperangan di negara Vietnam beberapa dekad yang lalu.

"Saya tak nak cakap banyak saya cuma nak dedahkan mengenai kak Mariyah tu. Dia bukanlah berketurunan Kemboja tetapi dia berketurunan Cham Hanoi, Vietnam.

"Masa perang di Vietnam dulu, keturunan dia tak ada tanah untuk didiami jadi sebab itulah mereka masuk ke Kemboja dan menumpang di sini.

"Mereka juga berpindah-randah sehinggalah menetap di Malaysia. Memang keturunan dia tak ada tanah nak duduk dan memang tak ada negara."

Mastika juga menyuarakan kekesalannya terhadap Mariyah yang dianggap sudah merosakkan nama baik negaranya.

"Dia asyik tumpang negara orang lepas itu buat hal. Sekarang, rosak dah nama negara saya Kemboja yang tak tahu apa-apa ni.

"Kami ni yang tak hina orang sini-sana, pandai cari makan sendiri untuk bela anak cucu sekarang jadi susah nak cari makan sebab mulut dia yang kurang sopan tu.

"Saya yang berketurunan Kemboja betul ni jadi susah cari makan. Pergi sini orang mengata, pergi sana orang mengata. Saya ni jadi segan, jadi malu juga."

Di akhir videonya itu, wanita yang mengenakan baju berona pink itu membuat permohonan maaf bagi komuniti Kemboja kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada masyarakat Melayu yang tersinggung dengan kenyataan Mariyah.

"Saya minta maaf dan harap jangan salah faham sebab Mariyah tu bukan orang Kemboja betul.

"Saya sedih sangat kami yang cari makan di sini tak ada pun buat hal tapi turut terkena tempiasnya. Jadi, saya mohon maaf sekali dari hujung rambut sampai hujung kaki."

Terdahulu, Mariyah menerima kecaman teruk selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Mariyah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor.

Sumber: Oh Bulan

Destination: