[VIDEO] "Layan Cendol, Duduk Kerusi Plastik" - Agong Sempoi Ajak Putera Monaco 'Hi-Tea' Di Warung Cendol Tepi Jalan!

TERKINI
November 29, 2023 - 12:59 PM


`Selamba dan ‘sempoi’, demikian pandangan rakyat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila secara bersahaja menikmati cendol bersama Putera Monaco, Putera Albert II di sebuah gerai semalam.

Video Al-Sultan Abdullah bersama Putera Albert II itu dimuat naik menerusi Instagram Istana Negara yang mana baginda berdua ke gerai Cendol Lily di Lanchang, Pahang.

“Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan singgah menikmati minuman cendol bersama Yang Teramat Mulia Putera Monaco, Putera Albert II di gerai Cendol Lily, Lanchang, Pahang selepas tamat lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,” menurut hantaran itu semalam.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai yang memuji Yang di-Pertuan Agong kerana sikap rendah diri ditonjolkan baginda berkenan menikmati minuman cendol di gerai tersebut.

“Bukan ‘kaleng-kaleng’ dua figura diraja berlainan negara ‘mai’ gerai makan orang ni,” komen Wanny_Azizan95.

“Mengetengahkan budaya cara kita minum cendol,” ujar _y4niik4_y.

“Best lah kalau dapat jumpa kerabat diraja seperti Tuanku ni. Sempoi sangat-sangat macam jumpa keluarga sendiri. Nak nangis tengok sebab baik sangat,” ujar liz_adrisha.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang, di sini.

Turut berangkat ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan ketibaan tetamu diraja itu disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii serta Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: