[VIDEO] "Kesian Orang Belakang" - Baju 'Gaint' Azfar Heri Tarik Perhatian Netizen

HIBURAN
December 01, 2023 - 03:54 PM


Kuala Lumpur Fashion Week merupakan sebuah acara fesyen yang dijalankan setiap tahun yang menampilkan karya-karya pereka fesyen tempatan di atas pentas peragaan. Dari penganjur yang sama, sebuah lagi acara telah diadakan iaitu  Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) yang berlangsung baru-baru ini.

Baru-baru ini, pempengaruh Azfar Heri telah mencuri perhatian netizen ketika menghadiri acara tersebut. Ini kerana busana yang digayakannya bersaiz besar sehinggakan bahagian lengan baju tersebut mencecah ke lantai.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)

Menerusi sebuah video yang dikongsinya di Instagram, kelihatan pempengaruh itu memakai kemeja putih serta tali leher merah yang sangat besar sambil diapit oleh beberapa orang untuk mengangkat kemeja tersebut. Difahamkan, busana itu adalah hasil ciptaan Behati.

Video yang dimuat naik tersebut mendapat banyak komen dari netizen sehingga yang membandingkannya dengan penyanyi Aina Abdul, tak kurang juga ramai yang memberi komen-komen yang lucu.

"Lain macam eh Azfar sekarang ini.

"Aina Abdul is shaking.

"Wey, orang belakang confirm tak nampak.

"Awal-awal pagi dah bagi kita gelak guling-guling.

"Lahhh, risau kita," komen mereka.

 

Kredit: Lobak Merah

Destination: