Demi Jaminan Diri & Anak-Anak, Semua Harta Sepencarian Bersama Suami Kini Milik Aisyah Hijanah 100%

HIBURAN
December 26, 2023 - 12:51 PM


'Bijak menangani emosi', itulah ungkapan yang sesuai untuk pempengaruh media sosial yang menjalani kehidupan berpoligami sebulan lalu, Aisyah Hijanah yang mendedahkan bahawa segala harta sepencarian bersama suami, Alif Teega telah dipindah secara 100% kepada dirinya. 

Menerusi hantarannya di Instagram, harta sepencarian yang dimaksudkan itu termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain. 

“Segala hasil titik peluh yang dibina daripada kosong bersama suami (aset harta sepencarian) telah dipindahkan 100 peratus kepada Aisyah termasuklah pegangan jenama tudung, rumah, kereta dan aset-aset yang lain.

“Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Pastikan usaha dan hak anda terjamin. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu upah peguam, silakan,” katanya.

Aisyah juga menjelaskan apa yang dilakukannya bukan bermakna dirinya seorang yang tamakkan harta tetapi ia dilakukan demi masa depan diri dan anak-anak agar lebih terjamin.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita mahu beri jaminan kepada masa depan kita dan anak-anak.

“Sentiasa minta Allah petunjuk dan cari jalan yang terbaik. Kita perlu pandai kawal emosi dan kekal bertenang. Kalau tidak, rosak segalanya,” jelasnya lagi dalam perkongsian sama.

Aisyah, 25, turut, memberi pesanan buat wanita-wanita yang senasib dengannya agar sentiasa berfikiran waras dan tidak bertindak melulu.

“Bagi wanita yang dipoligamikan, Aisyah harap hantaran ini membantu kalian semua. Poligami bukanlah perkara yang haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima.

“Ingat untuk memastikan pastikan diri kalian terjamin dahulu termasuklah anak-anak. Jangan terburu-buru nak bercerai,” pesannya.

 

Sumber: Kosmo & Instagram

Destination: