Taknak Barang Kena Rampas, Khairul Aming Kongsi Tips 'Declare' Bahan Masakan Yang Dibawa

TERKINI
January 02, 2024 - 03:40 PM


Salah satu kebiasaan orang kita apabila melancong atau bercuti lama ke luar negara adalah dengan membawa makanan atau bahan-bahan masakan. Namun, agak susah untuk membawanya ke sesetengah negara seperti New Zealand atau Australia.

Ini kerana, sesetengah negara mempunyai kawalan imigresen yang sangat ketat sehingga membawa masuk produk makanan pun tidak dibenarkan. Oleh itu, pelancong perlulah isytiharkan barang yang dibawa. Jika gagal, pelancong akan dikenakan tindakan kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bagi mengelakkan barangan dirampas, pempengaruh dan usahawan Khairul Aming yang sedang bercuti di New Zealand telah mengongsikan tips mudah untuk mengisytiharkan produk makanan yang dibawa ketika melalui pemeriksaan kastam.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Stories, Khairul Aming telah berkongsi tips tentang bagaimana untuk ‘declare’ bahan masakan yang dibawa dari Malaysia agar tidak ditahan di imigresen New Zealand.

"Buat satu senarai dengan masukkan gambar jenama, bahan dan kuantiti yang dibawa bagi setiap bahan masakan atau barang yang dibawa.

"Barang-barang yang dibawa dari Malaysia, semua lepas. Tak kena buang, tak kena rampas," ujarnya.

Menurutnya lagi, pihak kastam dan imigresen yang berurusan dengannya sangat happy dan berterima kasih kerana memudahkan urusan mereka. 

 

Sumber: X dan Instagram

Destination: