Makin Mendonia! Selepas Tiket Konsert Di London & Manchester 'Sold Out', Artis Kpop Pula Cover Lagu Masdo
HIBURANSiapa sangka, selain penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, pemuzik lain dari Malaysia juga mampu mencipta sejarah dengan mengadakan konsert di England.
Memetik dari sumber, Kugiran Masdo telah melakar pencapaian hebat apabila tiket siri konsert jelajah mereka di London dan Manchester hujung bulan ini telah pun 'sold out'.
Penyanyinya, Ali Sariah berkata, mereka sangat terharu dengan sambutan hebat itu apatah lagi ia konsert berbayar pertama mereka di sana.
"Tahun lalu, pelajar Malaysia di sana buat persembahan lagu Masdo. Jadi 'viral' jugalah dan kami pun komen suruh bawa Masdo ke sana. Kemudian kami dihubungi pihak dari sana dan jumpa di Malaysia.
"Rezeki kami dapat lakukannya tahun ini di London. Tapi takkan satu tempat saja kan dan itulah ditambah satu lagi di Manchester. Kami memang tak sangka 'sold out' dan harapnya pelajar yang beli boleh bawa rakyat tempatan dari sana datang juga," katanya.
Kumpulan yang turut dianggotai Asmawi (gitar) dan Putu Ceri (bass) itu bakal beraksi di St John, Hyde Park, London pada 23 Februari ini dan di Canvas 1, Manchester pada 25 Februari.
Menurut Ali, walaupun kapasiti untuk setiap lokasi adalah sekitar 500 penonton, namun ia merupakan satu titik permulaan yang cukup bermakna bagi mereka demi melebarkan nama di luar Malaysia.
"Memang sangat bermakna untuk perjalanan karier kami. Ke London itu memang di luar jangkuan sebab kami sudah ke Indonesia, Singapura, dan tempoh hari ke Jepun.
"Disebabkan muzik itu tiada batas, boleh bawa kami keluar sambil promosi mengenai Malaysia. Memang seronok sangatlah untuk kami. Dapat buat persembahan di London itu pun sesuatu yang lain buat kami," katanya.
Terbaru, lagu Pujaanku yang cukup viral dikalangan rakyat Malaysia telah pun dinyanyikan semula oleh penyanyi Kpop iaitu Kazuta dan Junhyeok dari kumpulan n.SSign.
n.SSign Kazuta & Junhyeok covering
— jess is HAPPY& (@nssignscosmo) February 13, 2024
Pujaanku by Masdo#엔싸인 #nSSign @nSSign_official pic.twitter.com/rsN8fmxoM0
Cover tersebut mendapat perhatian ramai termasuk Masdo sendiri yang meninggalkan komen 'Fuyoo'.
Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa komen yang ditinggalkan oleh warganet dari Korea Selatan yang menyatakan bahawa mereka suka akan lagu tersebut.
"Saya mendengarnya buat kali pertama, dan ia adalah lagu yang sangat bagus! Saya belajar mengenainya terima kasih kepada n.SSign. Ia adalah terjemahan automatik, jadi maaf jika ayatnya pelik..." jelasnya.
Cover yang dilakukan membuktikan bahawa lagu Malaysia juga mampu dinikmati oleh pendengar-pendengar asing.
Sumber: X & Harian Metro