Gambar Isteri Dijadikan Bahan Lanc*p, Hafiz Mahamad Tuntut Permohonan Maaf
HIBURANNama pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad bersama isterinya, Syafiqah Aina sering menjadi perbualan ramai. Pasangan ini sering dijadikan contoh oleh golongan anak muda. Namun, tidak kurang ramai juga yang membenci dan memberi kecaman.
Baru-baru ini menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Instagram, Hafiz Mahamad memberi penjelasan tentang kehilangan dirinya dari media sosial selama tiga bulan dan mendedahkan perkara yang berlaku sepanjang tempoh dia mendiamkan diri.
Menurutnya, faktor keadaan diri yang terlalu penat membuatkan dia bertindak untuk 'berehat' dari media sosial selama tiga bulan.
"Tiga bulan lepas saya ditahan di wad, atas sebab mungkin saya dah penat, tahap tekanan meningkat. Saya hentikan semua perkara, termasuk tak pergi pejabat dan tak guna media sosial," katanya.
Namun, dalam keadaannya sedang berehat, pelbagai isu muncul termasuk perkara jijik yang dilakukan oleh seorang individu terhadap isterinya. Individu itu tersebut telah menggunakan gambar Aina untuk melepaskan nafsunya (beronani).
"Tapi dalam masa tiga bulan, macam-macam terjadi. Pekerja saya update ada orang buat perkara jijik kepada isteri saya dengan mengeluarkan air mani, melancap atas gambar saya.
"Hanya saya sahaja tahu betapa marahnya, betapa rasa dayusnya saya pada waktu itu. Dah la dalam fasa tidak okey. Saya tanya awak satu perkara. Kalau awak di tempat saya, apa awak akan buat?" ujarnya.
Berang dengan perkara itu, Hafiz bertindak untuk menjejaki pelaku berkenaan dan berjaya mengumpul maklumat diri individu terbabit. Namun, umur pelaku yang masih muda itu mengejutkan dirinya.
Tidak mahu memusnahkan masa depan pelaku yang masih muda, Hafiz dalam video tersebut hanya meminta tiga perkara dari individu terbabit.
"Saya perlukan tiga perkara saja daripada pelaku itu. Satu, datang ke office saya berjumpa saya secara direct. Minta maaf dengan Aina di depan saya. Saya nak tengok permohonan maaf tu. No video, tak ada posting pasal awak, tak ada.
"Yang kedua, saya nak awak telefon ibu awak depan mata saya mohon maaf. Tak perlu cerita salah awak kerana saya tahu awak takut nak beritahu perkara sebenar. Mungkin ibu boleh ampunkan dosa awak.
"Jika dua perkara ini yang awak boleh buat, yang ketiga saya akan bagi tiket Umrah untuk awak, pergilah ke sana. Insya-Allah mungkin masa depan awak atau perbuatan awak akan okay selepas ini," katanya.
Selain isu berkenaan, Hafiz juga menjawab kritikan dan kecaman dari netizen berkenaan dengan video yang menunjukkan dia menengking pekerja dan keadaan kulit mukanya yang dikatakan teruk walaupun merupakan pemilik kepada produk kecantikan muka.
Sumber: Instagram