"Itu Yang Kantoi Ada 11, Yang Tak Ada Dalam Sistem Tak Tahu lagi" - Sajat

HIBURAN
April 23, 2024 - 01:49 PM


Nama penyanyi dan suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz kembali hangat diperkatakan ramai apabila seorang wanita mendedahkan bahawa dia adalah kekasih kepada penyanyi itu baru-baru ini. Hal tersebut telah menarik perhatian usahawan kontroversi, Nursajat yang juga tidak mahu ketinggalan mengulas isu panas tersebut.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman telah berkongsi di platform X berkenaan dengan bilangan kes curang yang membabitkan Aliff Aziz.

Menurut Sajat, ramalan yang dilakukan sebelum ini mengatakan Aliff memiliki lebih daripada 11 orang ‘kekasih gelap’ adalah benar belaka.

"Aku dah kata kan, yang kantoi 11 orang. Itu dalam sistem, yang tiada dalam sistem korang tak nampak kan? Aku dah cakap korang yang tak nak percaya. Aku dah tilik dah!" katanya. 

Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya terhibur dengan ciapan itu.

Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

 

Sumber: X

Destination: