JAKIM Beri Penjelasan Isu Persembahan Maal Hijrah Guna Konsep 'Transformer'

ISLAMIK
July 09, 2024 - 02:14 PM


Tema persembahan bagi sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M yang berlangsung di Putrajaya, kelmarin telah mengundang rasa pelik dan kurang senang orang ramai sehingga ia mendapat kritikan. 

Menurut rata-rata komen di media sosial, ramai yang beranggapan kehadiran dua robot Transformers ketika persembahan tersebut tidak ada kena-mengena serta lari dengan maksud sebenar Maal Hijrah. 

Bukan itu sahaja, persembahan yang memperlihatkan hiburan tarian dan robot Transformer itu juga dikatakan seperti tidak sensitif dengan isu yang berlaku di Palestin. 

Sedar tentang kritikan itu, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) tampil menjelaskan maksud sebenar tema yang dipilih dengan menyatakan konsep persembahan itu memberi penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit dan Bumi.

Ia juga membawa maksud tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran.

"Menyelusuri perjalanan Tafsir Ilmi merupakan perjuangan untuk memfokuskan seluruh pancaindera mengakui keagungan Ilahi berlandaskan Al-Quran.

"Konsep persembahan turut menunjukkan keindahan cakerawala dihiasi galaksi dan sistem suria yang merupakan fenomena alam semesta yang menakjubkan.

"Sesungguhnya kewujudan ini membuktikan tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT sebagai Maha Pencipta. Eksplorasi ini dapat mengacu akal pada batas pengetahuan, minat dan pengalaman sebagai inspirasi untuk menjelajahi kehidupan dan meningkatkan keimananan dalam diri," katanya. 

Melalui laman Facebook, JAKIM telah menyenaraikan enam penjelasan mengenai konsep persembahan khas yang dilakukan itu termasuk tentang isu tarian. 

 

Sumber: Facebook

Destination: