10 Pulau Menarik di Sekitar Semporna Sabah
TRAVELSemporna merupakan antara destinasi yang wajib bagi mereka yang sukakan pulau. Terdapat banyak pulau-pulau di sekitar Semporna yang sungguh cantik bagaikan syurga dunia. Rata-rata pelancong dari seluruh dunia datang kesini untuk menikmati keindahan Boneo yang sebenar.
Berikut kami senaraikan 10 pulau di sekitar Semporna yang anda boleh pergi.
1. Pulau Mabul
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Pulau ini kecil, melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.
Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan aktiviti scuba diving.
Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot.
Terdapat pelbagai hidupan eksotik di kawasan scuba seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam dan rumpai laut.
2. Pulau Sipadan
Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.
Pulau Sipadan terkenal sebagai pilihan bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) dan antara yang terbaik di dunia.
Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia.
3. Pulau Bohey Dulang
Untuk sampai ke Bohey Dulang, pelancong boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di pekan Semporna dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke destinasi.
Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan utama menarik para pelancong untuk datang.
4. Pulau Kapalai
Kapalai adalah salah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai pulau resort selaman skuba.
Pulau Kapalai, hanya terletak 15 minit jauh perjalanan dari Pulau Sipadan, merupakan sebuah pulau terindah yang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu, namun kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih bersih.
Berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot, kini rumah perkampungan terapung hanya terletak diatas lebihan Terumbu Karang Ligitan sahaja.
Semua bangunan dan resort yang dibina kini hanya mempunyai tiang pasak dibawah air sahaja.
5. Pulau Mataking
Pulau Mataking terletak di Laut Celebes dan merupakan lokasi bagi para penyelam dimana lokasi yang menarik akan menantik penyelam didasar lauti Pulau Mataking.
Terletak hanya 40 minit perjalanan dengan bot dari Pulau Semporna Sabah. Pulau ini mempunyai kemudahan penginapan yang bertaraf bintang dan mewah melengkapi chalet yang menghadap ke laut memberi pandangan yang indah ketika senja menjelang.
Saiz pulau tersebut kira-kira 40 ekar dan terletak di pinggir pelantar benua yang dikelilingi oleh pinggiran terumbu karang keras dan lembut. Pemandangan Tempat ini memang cantik dan suasana yang sungguh tenang.
Perairan di sini yang didiami oleh spesies eksklusif karang seperti staghorn, otak dan banyak lagi. Ikan daun, sweetlips, ikan gobi dan yu paus sekali-sekala berkeliaran di kawasan ini kerana ia di laluan penghijrahan mereka.
Pulau ini terlindung oleh pokok-pokok eksotik. perlindungan ini adalah di mana burung dan rama-rama memilih untuk berehat. ketam kelapa berlari sekitar sibuk di pasir putih.
6. Pulau Pom Pom
Pulau ini terletak di dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang dan terdapat terumbu karang sepanjang 4 km panjang di dasarnya. Pulau ini adalah pasir rata dengan ketinggian maksimum kurang daripada 2m di atas garis HT .
Pulau ini mempunyai pantai karang pasir berwarna putih dan merupakan tapak lokasi penting untuk Green dan Hawksbill sejenis penyu bersarang dan bertelur.
Pulau ini tidak mempunyai kampung, kesan manusia yang minimum, tiada pencemaran dan merupakan salah satu destinasi menyelam yang popular di daerah Semporna.
7. Pulau Bodgaya
Pulau Bodgaya terletak di pantai timur negeri Sabah di Malaysia. Pulau ini adalah pulau yang terbesar di dalam sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran.Pulau ini mempunyai keluasan 7.96 km2.
Pulau Bodgaya bersama-sama dengan Pulau Bohey dulang dan terumbu sekitar adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.
8. Pulau Sibuan
Pulau ini pernah menjadi tumpuan diver a.k.a penyelam sebelum Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain menjadi terkenal.Pulau ini terletak di dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.
9. Pulau Bum Bum
Antara Pulau yang mempunyai ramai penduduk dan pada hari ini sudah ada pembangunan di lakukan di sekitar pulau tersebut.
Walaupun Pulau Bum Bum Bukan sebuah pulau pelancongan tetapi airnya masih lagi sejernih cristal clear.
Pemandangan yang cantik terdapat di sekitar Pulau Bum-Bum dan percutian anda ke Semporna tidak akan lengkap jika tidak ke sini.
10. Pulau Timba-Timba
Tidak banyak maklumat yang dapat di selitkan, tetapi jika anda berminat dengan aktiviti seperti “Hoping Island”, Pulau Timba-Timba antara kawasan wajib yang anda lawati.
#tip
Untuk ke Semporna, anda boleh mengambil penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Tawau atau pun boleh juga melalau Kota Kinabalu - Tawau. Dari Tawau boleh menarik bas atau kereta ke Semporna dan menaikki ferry ke pulau-pulau ini.
Satu lagi melalui Lahad Datu - Semporna.