Port Dickson Bakal Jadi Zon Bebas Cukai?

TERKINI
July 08, 2019 - 02:48 PM


Selepas Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor, satu lagi pantai peranginan yang terkenal di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson dikatakan bakal diiktiraf sebagai sebuah kawasan zon bebas cukai.

Bagi menarik lebih ramai pelancong ke situ, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji kemungkinan untuk menjadikan kawasan itu sebagai zon bebas cukai.

Menurut Bernama, penubuhan jawatankuasa itu masih dalam peringkat perbincangan melibatkan beberapa agensi kerajaan bagi melihat mekanisme yang sesuai untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Ia juga adalah sebahagian daripada usaha bagi menambah lebih ramai jumlah pelancong tempatan mahupun luar negara untuk datang dan bermalam di Port Dickson.

Dalam pada itu, MPPD juga dalam perancangan untuk mewujudkan ‘Kawasan Khas Pesisiran Pantai Port Dickson’ sepanjang 64 kilometer, yang kini dalam peringkat penyediaan Draf Rancangan.

Menjelang Oktober ini, pihak MPPD akan membuat publisiti serta penerangan awam dalam meminta pandangan orang awam mengenai pembangunan kawasan khas tersebut.

Baca juga: 4 ‘Pulau Bebas Cukai’ Di Malaysia Untuk Kaki Shopping

Baca ini: Port Dickson Bakal Miliki Hotel Hard Rock?

Baca: Aktiviti Selam Skuba Mula Dibuka Kepada Orang Awam, Julai Ini

Juga Baca: Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Tarikan Percutian Keluarga Yang Tak Ramai Tahu!