4H3M Percutian di Universal Studios Japan, Kyoto Dan Nara

TRAVEL
September 06, 2019 - 07:04 PM


Percutian di Osaka, Kyoto Dan Nara Bersama KKday Malaysia. Jepun ni dah kira macam rumah kedua aku dah. Setiap tahun memang tak kurang dari 5 kali aku akan habiskan cuti aku kat sana. Terlalu banyak tempat yang aku nak cover di Jepun. Banyak tempat best dan menarik boleh pergi. Lagipun makanan halal di Jepun tak susah nak cari. Kat mana-mana pun ada restoran halal di sana.

Terbaru aku lagi sekali ke Jepun, kali ni aku cover Osaka, Kyoto dan Nara sekali dalam satu trip sebab 3 tempat ni berdekatan dan rugi rasanya tak explore. Osaka pula memang antara destinasi favourite orang Malaysia sebab ada penerbangan direct dari Kuala Lumpur ke Kansai International Airport (KIX).

Percutian kali ini memang aku guna 100% bantuan KKday Malaysia. Bermula dari merancang percutian untuk dapatkan info tempat yang menarik, tempah tiket flight dan train termasuklah tiket masuk ke Universal Studios Japan (USJ). Bestnya apabila rancang percutian melalui KKday Malaysia ni korang boleh dapat pelbagai promosi yang menarik yang sedang berlangsung di destinasi pilihan korang. Macam aku hari tu aku boleh dapatkan tiket ke USJ dengan lebih murah berbanding beli sendiri di sana. Memang menjimatkanlah! Lagipun tak perlu lagi beratur dekat kaunter di USJ.

Hotel pun boleh sahaja tempah melalui KKday jugak. Banyak pilihan dan kalau korang sejenis yang memilih hotel macam aku ni, memang berbaloi guna KKday.

Hari Pertama

Penerbangan dari Kuala Lumpur melalui AirAsia X macam biasa waktu malam, jadi aku akan sampai di KIX pada waktu pagi. Penerbangan mengambil masa selama 6 jam 40 minit, ruang udara hari tu agak baik tak banyak air turbulence. Perbezaan masa Malaysia dan Jepun adalah kat sana satu jam awal. Aku sampai waktu subuh, sempat solat subuh di KIX dan breakfast. KIX ni ada ruangan solat dekat tingkat 2, sangat selesa. Kalau korang nak mandi pun boleh ke tingkat 2 juga ada disediakan tempat mandi kalau tak silap aku dalam 1000 yen kot. Tapi aku tak gunalah sebab aku nak terus ke Hotel. Pernah sekali je guna tempat mandi.

Dekat KIX, immigration/kastam masa tu banyak soal pulak, habis satu beg dia check. Tips dekat Jepun airport ni kalau ko sorang memang peratus nak kena soal siasat agak tinggi sikit. Biasa kalau berdua diorang tak banyak soal.

Dah keluar dari pintu arrival aku terus ke kaunter Kansai Tourist Information Center (Arrival Hall Floor 1) untuk dapatkan sim kad. Sim kad ni aku dah booking awal-awal dekat laman web KKday siap-siap. Sampai kat sana boleh terus redeem. Bawa baucer sim kad korang dari KKday tu siap-siap. Lepas booking biasa dia akan email baucer untuk korang tukarkan.

Kaunter nak redeem Sim Kad dan Tiket Train dari KKDay

Dah dapat sim kad aku terus dapatkan tiket train untuk ke Hotel. Seperti aku cakap sebelum fly ke Jepun semua aku dah plan bagi memudahkan perjalanan nanti. Untuk ke Hotel aku booked Nankai line dari Airport terus ke Tamatstukuri Station. Baucer tiket boleh tukar dekat kaunter JTR Counter (Tingkat 1). Ambil tiket airport express ye lagi cepat sampai. Dah dapat tiket dekat kaunter JTR korang kena gi ke kaunter Nankai Railway tingkat 2 untuk dapatkan tiket sebenar. Dah tu boleh lah naik train ke hotel terus. Baca signboard betul-betul supaya tak keliru nanti nak naik train mana. Kalau tak sure boleh tanya pegawai yang bertugas.

Where to stay in Osaka!

Untuk korang yang berminat dekat tempat yang aku stay boleh check out Chuan Guesthouse. Memang best dan berbaloi!

Hotel pilihan aku dekat Osaka kali ini adalah Chuan House – Tamatsukuri! Actually ni bukan hotel tapi Guesthouse. Aku kalau ke Jepun memang jarang stay dekat hotel sebab stay di Guess House ni lagi best. Ada rasa ciri-ciri Jepun gitu. Lagipun dekat Chuan House ni ada dapur boleh masak sendiri, ada mesin basuh kalau nak cuci baju. Tak perlu bawa baju banyak. Kalau datang dengan family pun sesuai stay dekat Chuan House ni. Dia punya design pun menarik sangat weh. Rasa macam local pulak.

Paling best lokasi dia dekat dengan train station (dalam 10 minit jalan kaki), lepas tu depan Chuan House ni ada 7 Eleven dan ada kedai 24 jam yang lain. Nak ke Dotombori pun dekat je boleh naik train.

Satu lagi sebaab kenapa aku suka stay dekat Guesthouse ni prosess check in dia self check in. Kalau korang sampai awal boleh request check in awal bergantung kepada bilik yang korang booked tu available ke tak. Prosess check in nanti dia ada bagitau selepas korang booked.

Hari pertama ni lepas check in aku rilek sikit, just stay lepak kat bilik, sebelah petang baru aku keluar jalan-jalan cari makan dekat Amerikamura. Kat sini banyak kedai makan dan shopping. Lepas makan adalah aku jalan-jalan sikit dekat Dotombori.

Hari Kedua

Hari kedua baru nak mula aktiviti dekat Kyoto dan Nara. Seawal jam 8 pagi aku dah terpacak dekat lobby, hairan dekat Jepun ni aku automatik akan bangun awal. Jam 5 pagi dah celik mata sebab ni kan negara matahari terbit. Jadi jam 5 pagi tu dah cerah gila dah kot. Dah macam jam 8 kat Malaysia.

Aktiviti pertama kami akan ke Kyoto, dari Homestay aku ke Kyoto ambil masa dalam 1 jam 30 minit by car. Dekat Kyoto kalau tak ke Bamboo Forest memang rugi, sebab kat Bamboo Forest ni merupakan salah satu Instagramable spot yang wajib bagi setiap traveller.

Arashiyama Bamboo Forest Kyoto

Wajib! Antara tempat wajib singgah di Jepun, aku rasa Bamboo Forest ni ada dalam setiap wishlist korang kan? Cuma kat sini memang padat dengan pelancong. Kalau korang berangan nak ambil gambar terbaik yang korang sahaja ada dalam tu agak mustahil. Lagi-lagi kalau gi sorang. Ada je orang dekat laluan antara pokok buluh tu nanti.

#tips Nak ambil gambar di sini ada tips dia, dengan syarat korang kena datang dengan group. Apa yang kami buat adalah gilir-gilir ambil gambar. Sorang photographer, semasa ko sedang beraksi, ahli group yang lain kena buat roadblock sepanjang jalan tu untuk bagi orang ramai delay dalam seminit dua dari lalu tempat tu. Masa tu cepat-cepat setting dan ambil gambar. Boleh buat dalam 3-4 round kot. Tapi jangan selalu nanti kang kena marah dekat pelancong. So we got a nice picture!

Bamboo Forest terletak di sebelah barat Kyoto berdekatan dengan Tenryu-ji Temple. Masa terbaik untuk datang ke sini adalah waktu pagi sebab tempat ini akan dipenuhi dengan pelancong pada waktu petang. Tempat ni dibuka sepanjang hari. Untuk datang ke sini by tarin boleh turun dekat station Arashiyama by Kyoto JR station dan jalan sikit untuk ke Bamboo Forest.

Orang kata kalau kalau datang sini waktu Sakura lagi cantik. Berminat untuk datang ke sini boleh check out dekat laman weh KKdaymy!

Togetsu-Kyo Bridge

Di sinilah terletaknya Bamboo Forest, kawasan dia pun agak kool walaupun ramai orang. Jambatan sepanjang 509-ft ini menjanjikan pemandangan yang cukup indah weh. Dari atas jambatan ni korang boleh view Katsura River dan berlatarbelakangkan Arashiyama Mountain. Waktu paling cantik untuk datang sini pada musim luruh dan sakura. Area ni juga ada banyak kedai makan, bagi muslim jangan risau, based on pemerhatian aku masa aku datang sini dulu ada aku nampak beberapa kedai yang ada logo halal. Selain tu korang juga boleh sewa kimono untuk bergambar dekat sini.

Golden Kinkaku-ji Temple

Kinkakuji ni juga dikenali sebagai Golden Pavilion. Bagi sesiapa yang nak mencari ketenangan boleh datang sini tapi pastikan jangan datang masa peak hour sebab ianya akan dipenuhi dengan begitu ramai pelancong. Seperti Temple lain juga, Kinkakuji ini dipenuhi dengan sejarahnya tersendiri. Actually aku tak detail sangat pasal sejarah temple ni cuma yang aku tahu sebagai basic pengetahuan am, temple ini merupakan tempat meditasi atau tempat rileks Ashikaga Yoshimitsu sebab tu ianya dikenali sebagai  Zen temple of the Rinzai sect selepas kematianya pada tahun 1408. Fakta ni kalau salah im so sorry tau. This is based on my understanding.

Untuk access ke Kinkakuji dari Kyoto Station boleh naik Kyoto City Bus nombor 101 atau 205. 40 minit kalau naik bas, harga tiket around 230 yen. Kalau nak cepat boleh naik Karasuma Subway Line to Kitaoji Station (15 minit, 260 yen) 

Waktu Operasi 9:00 to 17:00, Harga tiket masuk 400 yen

Fushimi Inari Taisha Shrine

Terletak di selatan Kyoto, dari Kinkaku-ji Temple, ianya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Ini destinasi terakhir di Kyoto sebelum kami bergerak ke Nara. Fushimi Inari Taisha Shrine ni agak popular di Jepun dan antara Torri Gate yang penting. Ok untuk mereka yang nak lalu sini, korang kena ada stamina yang tinggi sebab ianya cukup panjang, kalau tak silap 233 meter. Di penghujung ada view yang cantik, tapi aku tak sampai kat atas weh. Sebab jauh sangat, sampai separuh aku pusing balik sebab hari dah nak gelap, lagipun lepas ni kitaorang nak gi Nara lak sebelum dinner seafood. Aaku difahamkan nak sampai ke puncak ni ambil masa 2-3 jam berjalan.

Tempat ini juga merupakan salah satu tempat Instagrammable cuma korang kena pandai ambil gambar sebab manusia ramai gila kat sini. Nak tempat yang tak ramai pelancong korang kena masuk dalam lagi sebab biasanya tak ramai yang sampai ke penghujung pun. Tapi kat hujung tulah sesuai nak ambil gambar. Hati-hati bila datang sini waktu senja mungkin anda akan keliru untuk mencaari jalan pulang. Awasi anak-anak anda!

Macam ni lah gambaran dari atas. Gambar google!
Sumber: https://www.hertraveledit.com

Laluan ini akan membawa anda jauh ke dalam hutan menuju ke Mount Inari. Fakta menarik tentang Fushimi Inari Taisha Shrine ni, setiap dinding merupakan hasil dari donation dan belanja untuk bilik keseluruhan mencecah 1 juta Yen.

Nak ke sini boleh berhenti dekat JR Inari Station dan jalan kaki sikit je! Tiada bayaran masuk dikenakan.

Nara Park

Dari Kyoto, kami gerak ke Nara Deer Park untuk tengok rusa. Tempat ni kalau bawa anak-anak mesti diorang suka banget nih. Boleh bermain dengan rusa yang jinak. Boleh bagi makan dekat rusa, makanan rusa boleh beli dekat taman ni. Korang jangan pandai-pandai bagi rusa kat sini makanan manusia. Dah banyak rusa mati sebab makan benda yang bukan-bukan. lepas tu plastik tu sila simpan elok-elok nanti rusa makan sebab iangatkan makanan.

Nara Deer Park dibuka pada tahun 1880 menjadikan ianya taman tertua di Jepun. Mesti korang tertanya-tanya kenapa dekat Nara ni banya rusa. Jawapannya adalah rusa merupakan simbol kepada bandar Nara yang melambangkan bandar alam semulajadi. Selain Nara, rusa pun ada dekat Miyajima Island tapi rusa kat sana tak jinak macam di Nara.

Memandangkan kami ni sekumpulan remaja yang suka parti, masa kami spend dekat Nara hanya 30-45 minit jer. Dah bergambar dengan rusa kami terus gerak balik ke Osaka untuk Dinner.

Access: Turun dekat Kintetsu Nara Station dan jalan kaki 5 minit sahaja

Dinner : Isomaru Suisan (Seafood Izakaya)

Sebelum berakhirnya aktiviti aku hari itu, kami singgah isi perut dekat Isomaru Suisan. Seafood fresh dan sedap. Restoran ni jenis steamboat. Halal ke tak? Come on guys, seafood restoran kot. Tiada apa yang lagi best selepas penat berjalan seharian lepas tu lepak sembang dengan geng masuk air memang best. Walaupun semua baru kenal tapi bonding tu ada dan semua yang join trip ni sangat sporting dan tak diva.

Menu di Isomaru Suisan Sashimi Plate, Seafood BBQ Squid, Fresh Scallop, Kani (crab) Miso, Seafood Skewers, Mini Tomato, Rice,Japanese Pickles, Hamaguri steamed in Sake (Miso soup with seaweed), Dessert & Drink.

Sebelum balik dah Zzzz aku jalan-jalan sekitar Dotombori nak tengok suasaa malam di Osaka…

Hari Ketiga | Universal Studios Japan

Hari ketiga kami memang reserve for full day dekat Universal Studios Japan. Aku sarankan kalau korang memang aim nak gi USJ sila habiskan masa satu hari anda dekat USJ sahaja sebab rugi rasanya kalau singgah sekejap. Lagipun terlalu banyak permainan dan tempat yang best dalam USJ ni. Memang sangat recommended!

Sejujurnya aku ni bukan sejenis yang suka naik “ride” macam roller coaster tu, sebab aku dah trauma gila selepas naik roller coaster paling laju di dunia dekat Abu Dhabi 2 tahun lepas. Sampai sekarang aku tak boleh naik weh. Buat korang yang macam aku jangan risau masih banyak lagi game yang korang boleh main.

Antara aktiviti tanpa melibatkan ride aku cuba di sana adalah One Piece Water Battle, Minion Cool Fashion show, Water Surprise Parade, Minion Park area, Hogwarts Castle dan banyak lagi.

One Piece Water Battle

Bagi peminat One Piece, show ni memang best tapi bagi abg yang tak berapa layan ni enjoy je tengok show ni sebab macam real weh character dia. Ofcoz abg tak kenal watak-watak tapi cara lakonan diorang nampak hidup dan kadang-kadang ada part kelakar. Lagu yang diorang pasal pun sedap. Balik tu terus abg youtube lagu-lagu One Piece. Ada satu lagu yang sedih masa kawan-kawan dia mati sorang-sorang sebab minum racun. Serius sedih gila kot tapi inilah erti persahabatan.

Kalau nak tengok show ni sila pastikan bawa baju hujan dan barang-barang berharga simpan elok-elok, we gonna get wet! Masa show ni kami diberi pistol air untuk tembak penjahat kat dalam show ni sebab diorang akan datang dekat dengan penonton. Sangat excited walaaupun tak dapat join pesta air di Bangkok tempoh hari tapi dapat berpesta air kat sini pun best dah.

Show ni bermula jam 10.00 pagi. Sebab tu abg ada cakap kalau nak datang USJ ni sila datang awal. Owh habis show ni kami tengok Minion Cool Fashion show pula. Hari itu hujan renyai dekat USJ so dah tak kisah dah basah. Lepas dah enjoy tengok sho, kami singgah di One Piece Restoran untuk isi perut memandangkan waktu lunch dah tiba. Restoran ni korang boleh order menu ikan bagi muslim.

Minion Park area

Kat sini juga antara aktiviti yang aku nak highlight sebab aku antara peminat Minion dan Despicable Me. Kalau jenis layan 2 cerita ni korang wajib singgah kat tempat ni. Antara aktiviti best yang korang boleh buat boleh cuba Despicable Me Minion Mayhem. Yang ni best sebab korang akaan bertukar menjadi minion lepas tu boleh rasa sendiri pengembaraan sebagai miniom sebijik rasa macam kita ada dalam movie ni. Ok yang ni aktiviti yang sesuai dengan orang dewasa. Lepas tu aku merayau dekat part nak main game dalam ni ramai pulak kanak-kanak so aku just jadi pemerhati sahaja.

Info Lanjut: https://www.usj.co.jp/e/area/minion-park/

The Wizarding World of Harry Potter

Ok memandangkan artikel ini dah cukup panjang dan The Wizarding World of Harry Potter antara wishlist aku dari kecil lagi jadi aku akan ceritakan part ni untuk next artikel. Sebab banyak sangat aku nak ulas pasal ni, maklumlah peminat fanatik Harry Potter kot. Jadi bila berpeluang untuk rasa sendiri pengalaman ke Hogwarts Castle aku rasa bersyukur sangat weh. Apa yang aku boleh katakan bila masuk sini aku seperti pelajar tahun pertama Hogwarts dalam cerita Harry Potter and the Sorcerer’s Stone cuma tak bawa penyapu terbang dan burung hantu jer.

Water Surprise Parade

Sebelum kami tamatkan jelajah dekat USJ ni, kami basahkan diri dengan Water Surprise Parade. Yang ni memang seronok habis. Ada masa-masa tertentu diorang akan sembur air dan ada masa keluar salji. Memang best gila weh. Satu lagi kalau datang USJ jangan lupa bawa selipar kalau nak main air ni.

Dalam jam 6 petang macam tu, baru kami mula bergerak balik hotel. Agak awal juga sampai. Lepas rehat dan solat maghrib, aku keluar jalan-jalan tengok bandar Osaka sebelum packing barang dan balik Malaysia.

Hari Keempat

Flight balik Malaysia dalam jam 10.30 pagi, untuk ke airport aku kena sampai sekurang-kurangnya 2 jam sebelum. Standardlah ni. Jangan datang lewat ye kalau tak nak ketinggalan kapal terbang. Perjalanan dari Guesthouse aku ke airport agak jauh dalam 1 jam macam tu dan aku naik train. Tiket aku dah ada sebab aku dah beli siap-siap dekat KKDay untuk tiket pergi balik.

Jalan kaki dari guesthouse ke train station terdekat dalam 5 minit, kena naik train dan tukar dekat satu station dah terus ke Kansai Internasional Airport. So tolak tambah kira bahagi aku keluar seawal jam 6.30 pagi lagi untuk ke airport. Proses check out secara manual dan ada siap-siap dalam email cara-cara checkout selepas korang booking guesthouse tu.

Satu pesanan yang aku mintak tolong sangat buat Malaysian kalau travel ke Jepun dan stay dekat homestay atau guesthouse sila kemas bilik sebelum check out. Tak perlu kemas sangat just cukup pastikan katil tak bersepah, sampah-sampah tolong buat tempat yang disediakan. Orang Jepun bukan macam kita, walaupun duk homestay tapi nak taraf hotel 5 bintang. Rule kat sini memang sampah paling tidak pun kena buang sendiri. Jadi tolong ye kemas bilik sebelum check out. Jangan nak malas sangat.

Sekian, tamatlah sudah perjalanan selama 4 hari 3 malam aku di bumi Osaka ini. Segala perjalanan aku sepanjang berada di sini aku memang guna khidmat KKDay Malaysia. Salah satu laman web untuk traveller dapatkan segala tiket train, bas, flight dan promosi-promosi berkenaan tempat yang nak ditujui.

Destination: