Bosan Duduk Rumah Masa COVID-19 Ni? Jom Cuba Buat Kopi Viral 'Dalgona Coffee'!

FOODIE
March 19, 2020 - 07:26 PM


Memandangkan selama 14 hari ini, Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk duduk atau bekerja di rumah -- ramai yang mempunyai masa untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mencuba resepi-resepi baru yang viral di media sosial seperti "DALGONA COFFEE"!

Bagi korang yang sentiasa mengikuti perkembangan trend di media sosial terutamanya aplikasi TikTok, korang mesti dah tahu betapa popularnya video cara membuat kopi viral ini.

Apa yang membuatkan Dalgona Coffee ini begitu tular adalah kerana bahan-bahan serta cara pembuatan minuman ini yang sangat ringkas dan mudah, iaitu hanya menggunakan 3 ramuan (nescafe, gula, susu). 

Malah, rasanya juga sesedap kopi-kopi jenama terkenal antarabangsa yang lain dan sangat enak dinikmati ketika korang sedang kebosanan duduk atau bekerja dari rumah. 

Sedikit sejarah mengenai kopi ini yang turut dikenali sebagai whipped coffee atau kopi putar.

Pada mulanya, minuman ini dipopularkan oleh warga Korea Selatan dalam rancangan TV Pyunstorang yang mana selebriti bersaing untuk menginovasi resipi dan menu tersebut akan dipasarkan di kedai serbaneka di sana.

Ia diberi nama ‘dalgona’ bersempena makanan jalanan Korea yang diperbuat daripada gula dan soda penaik (baking soda).

Kredit: @ASH (Foodhunter)​

Dalam erti kata sebenar, Dalgona Coffee merupakan kopi latte yang dicampur dengan rasa manis snek dalgona.

Resipi itu telah menjadi trend oleh pengguna TikTok, diikuti oleh komuniti di YouTube, Instagram dan terbaharu turut trending di Twitter.

Kredit: @ASH (Foodhunter)​

Jom kita lihat resepi dan cara membuat Dalgona Coffee di rumah yang telah dikongsikan oleh seorang Tweet Femes Makanan di Malaysia @ASH (Foodhunter)​.

Destination: