Takut Nak Beli Kuih Raya Kat Mall? Jom Buat Sendiri Biskut Mazola Ni, Mudah & Sedap!

FOODIE
May 18, 2020 - 03:12 PM


Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, antara biskut raya yang paling popular dan menjadi kegemaran ramai pastinya Biskut Mazola.

Teksturnya yang lazat kerana dipenuhi rasa kacang dan kaya dengan aroma minyak jagung jenama Mazola, menjadikan biskut ini antara yang dicari oleh orang ramai ketika berhari raya.

Tetapi, mengambil kira situasi semasa ketika ini yang agak berisiko untuk kita keluar ke pusat membeli-belah atau kedai menjual kuih akibat pandemik COVID-19 -- apa kata untuk tahun ini kita cuba buat sendiri Biskut Mazola mengikut resepi seorang pengguna Facebook bernama Nayla Gee di Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang telah mendapat 11 ribu shares dan 4,800 likes.

Resepi Biskut Mazola ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, namun yang paling best ia hanya menggunakan 4 jenis bahan.

BAHAN-BAHAN

1) 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa menggunakan minyak dan kemudian blender kering)

2) 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)

3) 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)

4) 1 cawan minyak Mazola

CARA PENYEDIAAN

1. Campurkan kacang kisar, gula icing & tepung gandum. Kemudian gaul kesemuanya dengan sebati.

2. Tuang minyak Mazola sedikit demi sedikit, kemudian uli & gaul.

3. Jika dah dapat tekstur tepung yang sempurna, bolehlah mula dikepal-kepalkan atau dibulat-bulatkan.

4. Letakkan lebihan kacang sebagai hiasan dan sapukan telur kuning di atasnya.

5. Masak dalam oven menggunakan suhu 150°c selama 20 minit.

6. Setelah siap dibakar, tunggu sehingga biskut menjadi sejuk dan baru masukkan ke dalam bekas.

Nampak sedap je biskut ni kan, terliur tengok...hehehe. Selamat Mencuba!

Sumber: Nayla Gee & Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Destination: