8 Kesalahan Guna Air Fryer Yang Korang Selalu Buat

GAYA HIDUP
March 15, 2021 - 03:51 PM


Perkakas dapur air fryer yang menggunakan udara panas untuk menggoreng kini menjadi semakin terkenal kerana sangat mudah untuk digunakan, boleh digunakan untuk menggoreng pelbagai jenis makanan, dan turut mengurangkan kandungan kalori dalam makanan kerana menggunakan kandungan minyak yang jauh lebih sikit berbanding kaedah menggoreng biasa. 

Sebelum ini, kami ada kongsikan tentang pendapat pakar sama ada air fryer ini boleh menyebabkan kanser, korang boleh baca di sini. Tapi kali ini, kami nak kongsikan tentang 8 cara penggunaan yang salah yang mungkin sebelum ini korang belum tahu. 

1. Kuantiti makanan yang banyak dalam satu masa. 

Air fryer menggunakan aliran udara untuk menggoreng makanan, sepatutnya korang kena pastikan makanan yang diisi ke dalam air fryer tidak terlalu padat, kalau tidak udara tidak dapat melalui permukaan makanan dengan sekata.

Memadatkan air fryer akan memberikan ruang untuk udara mengalir dengan bebas, selain memastikan tekstur makanan kekal dalam bentuk yang baik, dan kekal sedap. 

2. Memasukkan makanan yang lembap / basah. 

 

Biasalah kalau kita masak, selalunya makanan tersebut akan dibasuh terlebih dahulu. Ramai yang kemudian terus meletakkan makanan yang basah atau lembap ke dalam air fryer, dan ianya akan memberikan kesan kepada tahap makanan tersebut dimasak. 

Pastikan makan macam daging, ayam, dan ikan dikeringkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam air fryer. Makanan yang kering juga lebih cepat dan mudah dimasak. 

3. Tiada rutin mencuci air fryer. 

Ramai yang menggunakan air fryer beranggapan yang perkakas ini sentiasa kering dan hanya lap dengan tisu sahaja dan cukup tapi sebenarnya perkakas ini turut perlu dibersihkan secara rutin. 

Lakukan pembersihan secara kerap mengikut langkah-langkah yang disarankan mengikut setiap jenama.

4. Tidak memanaskan air fryer terlebih dahulu

Sama seperti ketuhar, korang kena pre-heat air fryer juga sebelum makanan dimasukkan. Memanaskan air fryer sebelum memasukkan makanan dapat memastikan makanan dimasak dengan lebih sempurna. 

5. Tidak membalikkan makanan. 

Kalau dilihat, banyak teknik penggunaan air fryer yang boleh dibaca hanya memberikan tahap laras tetapan masa kemudian makanan hanya ditinggalkan. Tapi, teknik ini sebenarnya kurang sesuai untuk bahan macam daging, ayam dan ikan. 

Makanan seperti daging, ayam, dan ikan perlu dibalikkan sekurang-kurangnya satu atau dua kali untuk memastikan ianya dimasak dengan sekata. 

6. Langsung tidak menggunakan minyak 

Walaupun air fryer diiklankan sebagai perkakas masakan tanpa minyak, menggunakan minyak di dalam air fryer boleh menghasilkan masakan yang lebih enak, dan cantik. Tapi jangan tuang minyak dalam air fryer pula, hanya semburkan sedikit minyak diatas makanan sebelum dimasak. 

7. Menggunakan cooking spray

Disebabkan permukaan dalaman air fryer telah direka lengkap dengan lapisan yang memastikan makanan anda tidak akan melekat, penggunaan penyembur minyak adalah tidak digalakkan kerana berkemungkinan akan merosakkan permukaan anti-lekat tersebut. 

8. Tidak mengawasi makanan. 

Ramai yang memberi kepercayaan kepada tetapan masa air fryer dan membiar makanan di dalam perkakas tersebut sehingga masak. Tapi sebenarnya lebih baik korang sentiasa periksa makanan terseut untuk memastikan masakan dimasak secara sekata, dan sempurna. 

Sumber: Astro Awani