Disney+ Hotstar Malaysia - Apa Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Melanggan

GAYA HIDUP
May 24, 2021 - 08:42 AM


Memang tak dinafikan di Malaysia sekarang ni dah mula banyak servis streaming untuk filem dan TV series yang boleh kita pilih. Antara pilihan popular di Malaysia adalah Netflix dan Viu. 

Tapi ada satu lagi yang bakal masuk ke Malaysia pada 1 Jun 2021 ini iaitu Disney+ Hotstar. Di sini korang akan dapat tonton lebih dari 800 filem dan 18,000 episod siri TV. Banyak tu!

 

Resolusi Tertinggi Buat Pengguna Sehingga Ultra HD 4K

Disney+ Hotstar akan memberikan resolusi terbaik mengikut ciri-ciri TV korang. So kalau ada Smart TV, Apple TV, atau Android TV, korang boleh tonton resolusi Ultra HD 4K melalui aplikasi Disney+ Hotstar. 

Namun bukanlah semua rancangan atau filem yang akan disiarkan di dalam resolusi ini, ia bergantung kepada usia kandungan itu sendiri. Bagi kandungan lama, resolusi full HD (1080p) adalah minimum di platform ini. 

 

Boleh Tonton Melalui TV, Smart Phone, Tablet, Dan PC

Senang cerita, korang boleh menonton Disney+ Hotstar melalui peranti pilihan korang, sama je macam Netflix guys. Tapi untuk smartphone, perlu ada sekurang-kurangnya iOS 10 untuk Apple dan Android 4.4.4 untuk Android.

Untuk Smart TV pula, TV tersebut perlulah mempunyai sekurang-kurangnya Apple TV Gen 4, Android TV 7.0, dan TvOS 11. Untuk gaming console pula belum ada support lagi ya. Korang juga boleh melanggan melalui Astro. 

 

Harga, Cara Untuk Melanggan Dan Proses Pembayaran

Untuk Disney+ Hotstar Malaysia, harga yang dikenakan adalah RM54.90 untuk langganan selama 3 bulan. Dengan kata lain, korang akan membayar RM18.30 sebulan

Perlu diingatkan bahawa korang tidak boleh sama sekali untuk membayar secara bulanan atau tahunan buat masa sekarang ini. Perlu membayar untuk 3 bulan terus

Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit (Mastercard & Visa) dan juga kad kredit (Mastercard, Visa, American Express).

Pembayaran melalui FPX juga boleh dilakukan dan buat masa ini, Disney+ Hotstar menyokong sebanyak 17 online banking yang ada di negara kita:

Maybank2u CIMB Clicks Bank Islam
RHB Now Hong Leong Connect Public Bank
OCBC Bank Am Online Affin Bank
Bank Rakyat Bank Muamalat UOB Bank
HSBC Bank Simpanan Nasional Public Bank
Standard Chartered Bank Kuwait Finance House  

 

Content Terbaik Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Malaysia!

Untuk pengetahuan korang, di sinilah korang boleh tengok siri Disney+ Originals seperti:

  • WandaVision
  • The Falcon And The Winter Soldier
  • Loki
  • The Mandalorian

Selain itu, kesemua filem Marvel Cinematic Universe juga boleh ditonton di sini. Tidak cukup dengan itu, filem-filem Disney, Pixar, Star Wars, National Geographic, dan macam-macam lagi la ada di Disney+ Hotstar!

Apa yang menariknya, filem-filem tempatan dan drama Melayu juga akan ditayangkan di dalam platform ini. Malah beberapa filem Melayu juga bakal ditayangkan buat pertama kalinya di Malaysia melalui Disney+ Hotstar:

  • J2: J Retribusi (sekuel kepada J Revolusi)
  • Zombitopia (lakonan Shaizley Sam)

Jadi itulah dia info-info yang korang perlu tahu sebelum melanggan Disney+ Hotstar Malaysia ni. Nampaknya pakej yang ditawarkan memang sangat lumayan terutamanya untuk korang yang ada anak-anak kecil. Have fun guys!

Destination: