Kisah Lelaki Ini Kehilangan Insan Tersayang Satu Demi Satu Angkara COVID, Undang Sebak Netizen
TERKINIHari ini (4 Ogos 2021) -- negara kita merekodkan sejarah apabila mencatatkan kes TERTINGGI iaitu 19,819 sejak pandemik COVID-19 melanda dunia hampir 2 tahun.
Sementara itu, semakin ramai rakyat kita menderita dan meratapi pemergian insan-insan kesayangan mereka yang meninggal dunia angkara wabak berkenaan.
Beberapa hari lepas, viral di media sosial Twitter apabila seorang lelaki yang bernama Ayien telah diuji dengan kehilangan ahli keluarganya satu demi satu sehingga meruntun jiwa netizen.
Menurut perkongsian Ayien, dirinya menerima ujian yang sangat berat ketika ini apabila ibu tersayangnya meninggal dunia disebabkan COVID-19 tahap 5.
Tiga hari kemudian, abangnya pula menghembuskan nafas terakhir juga kerana COVID-19.
Manakala, kakaknya sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal.
Bukan itu sahaja, malah lebih membimbangkan kini seluruh ahli keluarganya di Kampung Dusun Muda, Tapah, Perak juga dikesan positif COVID-19.
Video yang dimuatnaik Ayien pada 2 Ogos lalu itu mengusik emosi netizen apabila beliau kelihatan sebak menahan kesedihan di pusara ibunya dan rata-rata mereka mendoakan agar beliau tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan berat ini.
Video berkenaan telah mendapat lebih 55 ribu likes, 43 ribu retweet dan 743 komen.
Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abg pulak meninggal semalam 1 Ogos juga disebabkan covid stage 5. Harini mendapat perkhabaran kakak sy yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya xkuat dah😭 pic.twitter.com/GUbnAnyJ2M
— Ayien©️ (@yein654) August 2, 2021
P/S: Salam takziah diucapkan kepada Ayien. Semoga terus tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan ini ya. Kami turut berdukacita. Al-Fatihah...
Sumber : Twitter Ayien