TOP 5 Taman Tema Yang Paling Gempak Di Malaysia!
TRAVELTak lama lagi, taman tema akan dibuka semula seluruh Malaysia! Mesti korang rindu nak luangkan masa bersama keluarga mandi manda ataupun naik 'ride' yang mengujakan bukan? Jangan risau, harini min bagi senarai 5 taman tema yang paling gempak seluruh Malaysia! Korang boleh masukkan dalam bucketlist dan plan dengan keluarga atau geng korang!
1. Sunway Lagoon, Selangor
Bila bercakap tentang taman tema air, Sunway Lagoon tidak boleh sama sekali diletakkan di tepi. Dengan pelbagai tarikan menarik berkumpul di satu tempat yang sama, anda belum betul-betul menikmati kehidupan tanpa melawat Sunway Lagoon walau sekali dalam hidup.
Antara tarikan yang dapat anda sekeluarga nikmati di sini adalah Wave Pool, Zambezi River & Victoria Falls, Vuvuzela, Congo Challenge, Giant Tipping Bucket, Kalahari Kids, Lake Kariba, Surf Beach dan banyak lagi. Tapi yang paling menarik di sini adalah gelongsor Vuvuzelanya yang merupakan gelongsor air tertinggi, terbesar aka tergempak di dunia. Berani?
2. LEGOLAND Malaysia, Johor
Salah satu taman tema yang amat menyeronokkan di mana pengunjung dapat berpeluang untuk explore 40 tarikan yang amat sesuai untuk keluarga dan setiap peringkat umur kanak kanak. Terdiri dari 8 tema permainan darat, satu water park dan juga aquarium.
Boleh gugur jantung kalau nak cuba semuanya dalam masa sehari, oleh sebab itu, untuk memaksimakan keseronokan percutian anda di sini, apa kata jika anda menginap di LEGOLAND® Hotel yang seperti dibayangkan, dikelilingi oleh pelbagai objek yang dihasilkan menggunakan Lego.
3. Lost World of Tambun, Perak
Dikelilingi oleh hutan yang menghijau dan batu kapur, Lost World of Tambun adalah destinasi taman tema air yang dapat membuatkan anda terlupa seketika kacau-bilau hidup di kota. Sama ada bersantai di kolam renang air panas, berseronok di Jungle Wave Pool yang mampu menolak anda sehingga ke ketinggian 3 kaki!
Menikmati keindahan batu kapur dari pelampung di Adventure River ataupun membawa anak-anak berseronok di Kids Explorabay yang padat dengan permainan interaktif ataupun berlumba di Cliff Racer, apa pun rancangan aktiviti anda di sini, tiada sesaat pun waktu untuk rasa bosan.
4. Skytropolis Funland, Genting
Skytropolis Funland yang terletak di Genting Highlands adalah teman tema indoor yang penuh dengan keseronokan. Berada di dalam keluasan melebihi 400, 000 kaki persegi dan tinggi hampir 4 tingkat, menjanjikan pengalaman baru buat para pengunjung.
Bertemakan festival futuristik yang dipenuhi dengan pelbagai daya tarikan dan lampu yang meriah menyinari hari anda di sana. Amat sesuai untuk keluarga atau pun sebagai great escape bersama rakan rakan. Terdapat 20 ride yang menarik sesuai dengan pelbagai lapisan umur!
5. Escape Theme Park, Pulau Pinang
Mesti ramai tak tahu, Ecape Theme Park ada daya tarikan yang diiktiraf dunia! Di situ terdapat water slide terpanjang dunia iaitu sepanjang 1.111 m! Terdapat 30 aktiviti yang boleh kita enjoy di Adventure Park dan Waterplay Park. Antaranya seperti zipline, rock climbing dan bermacam lagi.
Jangan risau, selain daya tarikan untuk orang dewasa mereka juga menyediakan aktivit yang sesuai untuk kanak-kanak. Dikelilingi pokok hijau yang amat menenangkan, disusuli dengan aktiviti yang mencabar adrenalin anda pasti dapat memenuhi cuti anda dengan satu memori yang sukar untuk dilupakan!