Restoran Di Ampang Ini Menawarkan Hampir 100 Masakan Thailand

FOODIE
November 09, 2021 - 11:47 AM


Tentu korang rindu kan makan makanan-makanan di Thailand, lebih tepat lagi adalah vibe suasana di sana yang lain dari kebiasaan kerana itu adalah antara keistimewaan negara tersebut. Banyak makanan Thailand yang membuatkan orang-orang di Malaysia tergila-gilakannya sehingga sanggup berbelanja lebih untuk pergi ke negara itu bagi mencapai hasrat mereka. Namun ada banyak kedai di seluruh Malaysia yang turut menghidangkan makanan seperti di Thailand tetapi rasa makanan tersebut bergantung pada setiap kedai kerana min percaya setiap kedai mempunyai rahsianya tersendiri.

Tahukah korang bahawa di Ampang terdapat sebuah restoran yang menawarkan sehingga 100 menu makanan Thailand. Restoran ini sangat sesuai jika korang merupakan antara peminat makanan Thailand. Oleh kerana ia mempunyai banyak pilihan, tentu sekali membuatkan korang merasa seperti mahu mencuba kesemua makanan tersebut. Lebih menarik lagi, restoran ini terapung di tengah tasik !! Ianya cukup unik dan sangat sesuai untuk bergambar bagi korang yang suka post di social media.

Kalau korang nak ke sini berikut merupakan detail tentang tempat ni :

Website: https://vegfishfarm.com/
KM4, Jalan Ampang, Hulu Langat
68000 Ampang, Selangor
Operasi: 11am - 11.30pm
Booking: 012-278 8193
 

Destination: