Content Punya Pasal, Youtuber Dikecam Buat Prank Tarik Tudung Wanita!
GAYA HIDUPEra sosial media ni, makin ramai yang ingin menjadi influencer dengan memuat naik pelbagai 'content' yang boleh jadi buat mulut orang ramai. Tetapi, macam biasa bukan semua content ini bakal mendapat reaksi yang positif, lebih lagi content yang melanggar sensitiviti masyarakat.
Viral di Twitter di mana seorang Youtuber membuat satu eksperimen sosial yang boleh dikatakan agak melampau. Lelaki itu kemudiannya cuba menarik tudung wanita yang berada di tempat awam.
Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadap ke?
— Aidi ER (@aidi_ezzhar) July 4, 2022
Benda ni dikira harassment kot. Saya buat content je kepala butoh dia.
Sakit pulak hati puak puak bodoh macam ni makin membiak. pic.twitter.com/5hAv5Khas4
Setelah melakukan perbuatan itu dia menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa dia hanya buat content untuk saluran YouTube-nya.
Melihat reaksi kedua-dua mangsanya, dilihat mangsa pertama seperti marah dan mangsa kedua memberi nasihat agar tidak melakukan perkara itu sewang-wenangnya namun memaafkan lelaki tersebut.
Di pengakhiran video itu, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia tidak kisah dirinya dikecam. Malah, beliau tampil dengan penjelasan bahawa ia adalah ujian buat netizen...."Kaji sebelum kecam" katanya...
Bangangnya penjelasan dia. pic.twitter.com/sdUsFYPljV
— 💙 (@zahiahusna) July 4, 2022