[VIDEO] Ini Barangan Yang Sebenarnya Korang Boleh Bawa Balik Lepas Staycation Di Hotel

TRAVEL
September 26, 2022 - 01:25 PM


Biasanya jika kita pergi melancong ke sesebuah destinasi dan bermalam di hotel, mesti ada dalam fikiran kita bahawa semua barang atau benda yang berada di hotel itu adalah untuk kegunaan ketika di hotel sahaja dan tidak boleh boleh dibawa balik sebab bukan hak kita.

Namun sebenarnya ada beberapa barangan di hotel yang boleh dibawa balik selepas kita menginap di sana.

Sekarang ini mungkin ramai orang yang mahu bercuti sebab sudah lama terkurung di rumah sebab pandemik.

Nak tak nak kita kena juga teruskan hidup dan pada masa yang sama sentiasa beringat dan memastikan kita sentiasa ikut SOP walaupun bercuti.

Biasanya jika bercuti dan menginap di hotel sudah tentu tidak membawa kelengkapan kebersihan diri disebabkan sudah disediakan oleh pihak hotel.

Tetapi tahukah anda sebelum 'check out' ada beberapa kelengkapan yang disediakan oleh pihak hotel yang boleh kita bawa pulang sebagai kenangan.

Nak tahu apa barangan yang boleh dibawa pulang itu? Jom kita tengok video seorang pekerja hotel di The Manohara Hotel Yogyakarta, Indonesia ini yang dikongsikan di akaun TikTok rasmi hotel berkenaan.

@themanoharayogyakarta Nah ini dia barang-barang yang wajib kalian bawa pulang setelah staycation di Hotel. #themanohara #fyp ♬ TIKTOK HUDHAEFA RAFFA PERFORMANCE - HUDHAEFA RAFFA 3
Destination: