[VIDEO] "Menteri Komunikasi Mestilah Kena Laju Angkat Telefon" - Gelagat Fahmi Fadzil Jawab Panggilan PMO Masa Sidang Media Memang Epik!
TERKINIHari ini (7 Disember) -- netizen terhibur dengan sebuah video viral yang memaparkan Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil dilihat menjawab panggilan telefon ketika sedang mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya.
Rakaman video yang menjadi tumpuan dan perbualan hangat dalam kalangan netizen itu tersebar di YouTube Malaysia Gazette dan juga Twitter.
Dalam video viral berkenaan, Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengatakan bahawa panggilan telefon tersebut adalah daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
“Oh, sekejap. PMO.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sidang media jam 3.
I don’t think I’m needed there. Tapi let me just.. I’m sorry this is very embarrassing.
Hah. Really? Now? Oh, I have to go. Okay okay.” Ujarnya
Video berkenaan nyata mendapat pelbagai respon dan komen daripada netizen di laman media sosial.
Untuk rekod -- Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini yang berusia 41 tahun dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi anggota kabinet beliau sebagai Menteri Komunikasi Digital dalam Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinannya.
Sumber: Malaysia Gazette & murai.my