"Go Out. This Is Malaysia!" - Pemandu Bas Halau Pelancong Arab Biadap Selamba Letak Kaki Atas Kepala Kerusi
TERKINITular satu video mengenai seorang pelancong Arab yang dimarahi gara-gara selamba meletakkan kaki di atas kepala kerusi tempat duduk di hadapan.
Tindakan itu menyebabkan pemandu bas memarahi pelancong berkenaan dan berlaku adegan jerit menjerit antara dua individu tersebut.
Selepas ditegur pemandu tersebut, pelancong Arab itu terus mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan kemarahan pemandu bas dan menyebabkan dia mengarahkan lelaki tersebut untuk keluar dari bas.
Video yang dikongsi di laman media sosial sehingga kini telah mendapat lebih satu juta tontonan, malah warganet juga bersetuju dengan tindakan tegas pemandu bas yang tidak tunduk kepada kebiadaban pelancong tersebut.
Pada masa sama dalam video berkenaan juga dapat dilihat seorang lagi pelancong wanita Arab cuba meredakan situasi dengan meminta lelaki tersebut untuk bersabar.
Warganet turut meninggalkan komen mengenai situasi mereka berhadapan dengan pelancong Arab.
selain pelancong China Mainland yang memang takde otak, kebanyakan tourist arab pun perangai macam bingai haram. Tu bersepah orang Arab kat bukit bintang, yang buka kedai kat bukit bintang tu entah ada lesen ke tak. @DBKL2u pic.twitter.com/Icy1hmXSFj
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 11, 2023
“Terbaik, saya kena dekat Langkawi masa dalam bot, ada pak Arab letak kaki di celah kerusi antara saya dan isteri. Saya pukul guna batang tripod,” komen @Midjie88.
“Aku dah 17 tahun duduk Langkawi, selalu bawa tok Arab ni, dah masak sangat dengan perangai mereka,” tambah @BobWandy83.
“Perangai orang Arab memang macam ini. They think money can buy everything,” ujar @Nekyu_Official.
Sumber: Malaysian Update