Steady Je Lelaki Ini Hidup Berpoligami Dah 15 Tahun, Siap Bagi 'Tips' Kat Syamsul Yusof
TERKINIMungkin sebilangan daripada kurang setuju dengan hidup berpoligami kerana merasakan perkara itu bakal memedihkan hati sebelah pihak terutamanya isteri pertama.
Namun, bukan semua yang hidup berpoligami itu merasai mimpi ngeri kerana masih ada pasangan keluarga yang mampu hidup bermadu dengan tenang dan saksama.
Perkara itu boleh dilihat menerusi perkahwinan seorang lelaki, Muhammad Faiz Hashim yang mempunyai dua orang isteri dah telah menjalani hidup berpoligami selama 15 tahun lamanya.
Menerusi perkongsian di Facebook, Faiz percaya bahawa perkahwinan itu amanah dari Tuhan.
“Perkahwinan itu juga adalah punca rezeki kita. Isteri pertama itu pembawa rezeki, isteri kedua penambah rezeki. Jaga sebaiknya amanah Allah ini berkat dunia akhirat.
“Alhamdulillah 22 tahun usia perkahwinan dengan isteri pertama dan 15 tahun usia perkahwinan dengan isteri kedua. Dikurniakan 11 orang anak-anak."
Faiz baru-baru ini menyambut hari ulang tahunnya bersama kedua-dua isteri dan anak-anak.
Tambah Faiz yang sudah 15 tahun hidup berpoligami, kunci utama bagi sesebuah hubungan itu adalah saling menghargai, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.
Dalam pada itu, menerusi sebuah video yang dimuat naik Faiz turut ditulis catatan ringkas mengenai kehidupan berpoligami.
Katanya, poligami akan menjadi indah jika sifat kasih dan sayang dan saling melengkapi itu disemai dalam diri.
Pada masa sama, Faiz turut mendoakan kesejahteraan rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang baru-baru ini menjadi kontroversi di Malaysia.
“Semoga Syamsul, Puteri Sarah dan Ira Kazar tabah menghadapi ujian Allah di dunia ini.
“Jangan tanya kenapa perlu lalui ujian sebegini kerana kamu adalah insan-insan hebat yang dipilih Allah untuk melalui kehidupan ini.
“Belajarlah untuk reda dengan segala ketentuan. Pasti hidayah Allah ketenangan milik kamu semua. Semoga dipermudahkan,” tulisnya.
Sumber: Media Variasi