"Ikut Suka Dia je!" - Netizen Bengang Tingkahlaku Penunggang Lalu Tol Kereta
TERKINIBilangan kenderaan di jalan raya semakin meningkat saban tahun. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja atau tinggal di ibu negara. Setiap hari terpaksa menempuh jalan yang sesak sewaktu pergi dan balik kerja. Belum kira lagi kos ulang alik dari tempat kerja dan rumah.
Viral ketika ini, satu video di TikTok yang dimuat naik oleh @zulchay3840 yang membangkitkan rasa marah netizen.
@zulchay3840 lorong motor ade lalu la sane ...ni jenis otak tgl kat rumah tp nak ride .....
♬ Orang Ketiga Entah Siapa Yang Salah - Andra Respati & Gisma Wandira
Kelihatan beberapa orang penunggang motorsikal yang mengambil kesempatan menggunakan lorong tol untuk kereta. Tingkahlaku mereka ternyata membuat netizen tidak senang. Lorong khas telah pun disediakan untuk motorsikal dan tiada sebarang caj dikenakan.
Akibat perbuatan mereka, risiko untuk pemandu kereta dikenakan caj tol sebanyak dua kali mungkin berlaku kerana mereka melalui palang tol terlebih dahulu. Harap-harap semua pengguna jalan raya mengambil sikap bertimbang rasa dan bertanggungjawab.