Atlet Dan Influencer Keluar Kenyataan Rasis, Cemar Kemeriahan Konsert AR Rahman
TERKINIDisebalik kejayaan konsert penyanyi dan komposer legenda dari India AR Rahman di Malaysia baru-baru ini, ada beberapa orang yang pendek akalnya meninggalkan komen-komen jelik dan rasis di platform media sosial mereka.
Insiden pertama melibatkan seorang influencer yang memuatnaik satu story Instagram dengan kapsyen yang kurang enak dan menyentuh sensitviti kaum India
Wow. The audacity. Seriously girl? pic.twitter.com/YiIhLT4GSI
— Kesavan Vekraman (@Kesavan49) January 29, 2023
Susulan dikecam hebat oleh netizen influencer tersebut yang bernama Fatin Amyra dilihat telah memuat naik satu permohonan maaf.
Tidak cukup dengan itu, tindakan seorang atlet hoki wanita kebangsaan meninggalkan komen berbaur rasis turut dikecam netizen.
Netizen sepakat berpendapat, komen yang ditinggalkan pada posting tersebut juga boleh mencetus konflik antara kaum yang mampu menggugat keharmonian rakyat yang sedia ada. Juga mengambil tindakan yang sama, Hanis Nadiah turut memuat naik permohonan maaf secara terbuka.
Apa yang berlaku sesuai dengan peribahasa "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Kita sebagai warganegara Malaysia sepatutnya lebih peka dan bertangungjawab dalam mengeluar kata-kata tanpa menyinggung sesiapa sahaja.