[VIDEO] "Dah Macam Baju Teletubbies" - Buat 'Fashion Show' Baju Raya Tengah Jalan Buat Netizen Bengang!

TERKINI
February 20, 2023 - 12:54 PM


Pertunjukan fesyen biasanya dilakukan di tempat tertutup, namun satu jenama ini menggunakan laluan pejalan kaki.

Selain menyakitkan pandangan mata dengan ‘fesyen’ yang dianggap tidak menghormati identiti asal pakaian tersebut -- pertunjukan tersebut juga didakwa turut mengganggu pejalan kaki.

Sudahlah susah untuk melintas, tiba-tiba ada pula ramai model yang mengambil keseluruhan ruang hingga menyukarkan orang lain.

Rata-rata pengguna Twitter mengecam acara berkenaan kerana menyalahgunakan kemudahan awam.

“Orang kaya menyalahgunakan kemudahan awam secara sewenang-wenang dan mengganggu proses orang lain.

“Lebih-lebih lagi apabila mereka mencari ilham pakaian tradisional daripada Teletubbies,” katanya di Twitter.

Malah ramai yang mengkritik fesyen tersebut yang dikatakan merosakkan pakaian tradisional tersebut.

“Baju Melayu sangat ‘classy’ (berkelas) bagaimana mereka boleh membuatnya kelihatan tidak kemas,” kata seorang pengguna Twitter.

Jangan kerana terlalu fikirkan fesyen, hilang terus entiti pakaian tradisional orang Melayu sampai akhirnya menjadi bahan jenaka orang lain.

Destination: