[VIDEO] "This is too much! Buat Video Tanpa Pengetahuan Saya!" - Nadia Brian Bengang 'Influencer' Tengking Demi 'Content'
TERKINIMedia sosial sudah menjadi medan untuk cepat dikenali ramai dengan melakukan video-video tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain.
Content atau isi kandungan yang banyak tular adalah video ‘prank’ yang menyebabkan akaun tersebut dikecam dan akhirnya menaikkan ‘view’ atau jumlah tontonan.
Pelakon, Nadia Brian terkejut apabila melihat ‘content’ yang dibuat oleh satu kilang jahit pukal yang merakam dirinya ditengking pemilik kilang tersebut.
“Ini sudah melebih. Ambil video content tanpa persetujuan saya! Tengking-tengking saya tanya kenal dia tak. Saya tak kenal.
“Ini memalukan saya, apa jenis kandungan ni. Saya akan ambil tindakan!” ujar Nadia yang memuat naik tangkap layar video dari kedai tersebut di TikTok.
@nadia.brian This is too much!!! Amb video content tanpa persetujuan saya! Tengking2 saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya, apa jenis content ni! Sy akan ambil tindakan! Sebab awk ada duit, awk boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan PERCUMA! Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita. Tak perlu lakukan mcm ni walaupun sekadar CONTENT! #NadiaBrian #Stsrvendors ♬ Swear By It - Chris Alan Lee
Nadia pada masa sama menyelar tindakan wanita yang ‘berduit’ untuk menggunakan maruah dengan percuma.
“Sebab awak ada duit, awak boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan percuma!
“Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita.
“Tak perlu lakukan macam ni walaupun sekadar content,” tambahnya lagi.
@nadia.brian Harap perkara ini tidak berlaku lagi. #NadiaBrian ♬ original sound - Nadia Brian Goldring
Rata-rata netizen memuji tindakan Nadia yang bersabar walaupun sudah ditengking dihadapan orang ramai.
"Tengok video pun malu apatah lagi yang kena tengking macam tu, jatuh air muka woo. Kalau saya yang kena boleh anxiety,” kata @animnaim.
“Dah tengok video tu, memang Nadia sabar je, masih senyum. Kalau orang lain dah kena dah mak cik tu,” ujar @AtinAmmarah.
Pada masa sama wanita yang dikenali sebagai Madam itu telah membuat permohonan maaf menerusi menerusi video di TikTok.
Sumber: Malaysia Dateline