"Papa Miss You" - Waris Mangsa MH370 Kongsi Video Ucapan Terakhir
TERKINI8 Mac 2014, merupakan satu detik hitam dalam sejarah penerbangan Malaysia. Tragedi yang masih meninggalkan banyak tanda tanya, iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. 9 Tahun berlalu hanya doa dan harapan mahupun penutup yang ditagih oleh waris penumpang dan anak kapal.
Viral di TikTok, satu video sayu yang cukup menyentuh perasaan netizen. Seorang waris mangsa MH370 yang merupakan anak dari salah seorang anak kapal yang bertugas pada penerbangan tersebut.
@kokiluzzz 9 years already and your memories is still in my heart miss you <\3 #mh370 #9years #loveyou #missyou #papa #bestfatherever ♬ original sound - Kokiluzz
Video tersebut memaparkan kompilasi gambar sewaktu Iman masih kecil yang meluangkan masa bersama ayah tercinta. Netizen berasa sebak melihat kerinduan seorang anak terhadap ayahnya. Di ruangan komen Iman menjelaskan bahawa dia sempat meluangkan masa bersama di Aquaria sebelum musibah itu melanda keluarganya.
Moga kesemua waris MH370, diberi kekuatan untuk menempuh segala dugaan dan dipermudah urusan. #PrayForMH370
Sumber dan Kredit: @kokiluzzz