“Yang Banyak Bercakap, Takut Terselak Kain Sendiri Kanda" - Sharnaaz Ulas Isu Syamsul Yusof & Aaron Aziz

TERKINI
March 24, 2023 - 04:25 PM


Semalam, netizen dikejutkan dengan pendedahan dari Datuk Aaron Aziz yang didakwa namanya digugurkan dalam filem terbaharu arahan Syamsul Yusof, "The Original Gangster" (TOG), pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respons berikutan namanya turut dipetik oleh pengarah tersebut, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter dan Instagram, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata dia tetap berada di belakang Syamsul dan memberikan sepenuh sokongan terhadap pengarah berkenaan

Sharnaaz berkata demikian ketika memberi jawapan balas kepada netizen yang memintanya agar menarik diri daripada projek filem tersebut

Sharnaaz, Beto tarik daripada projek Sol (Syamsul) bod* tu please!” tulis netizen terbabit.

Sharnaaz kemudian menjawab, “Tidak, kerana kami profesional. Kami tidak akan tarik diri sehingga projek ini selesai. Personal is personal.”

As a director, you have my full support and respect, without a doubt. YANG TAHU JE TAHU.

“Yang banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda, take note,” tulis Sharnaaz.

Dalam pada itu, bapa kepada Jebat Jayden itu juga meminta semua pihak agar menghormati bulan Ramadan dan tidak menimbulkan sebarang pergaduhan di bulan mulia ini.

“Hormatilah Ramadan, tak perlu gaduh-gaduh. Syaitan pun off day, jadi siapa yang syaitan sebenarnya,” tulisnya lagi.

.

Destination: