"Yeke Bukan Gimik Murahan" - Dituduh Pecah Pasu 400K, Yana Samsudin Pertahan Diri

TERKINI
April 17, 2023 - 02:05 PM


Selepas beberapa hari mendiamkan diri berhubung isu pasu pecah melibatkan pelakon, Yana Samsudin akhirnya mengeluarkan kenyataan tentang insiden yang berlaku di kediaman usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi satu muatnaik di instagram.

Berdasarkan kenyataan Yana, dia mempertahankan dirinya dengan melampirkan video sebagai bukti bahawa bukan dia yang memecahkan pasu yang bernilai RM400,00 seperti yang didakwa oleh Dato Aliff Syukri. 

Yana juga menegaskan dia tidak terlibat dalam sebarang secara sedar atau tidak sedar dalam sebarang pembuatan kandungan dan berdasarkan kenyatan tersebut jelas ia bukan satu gimik.
 

Destination: