AirAsia Bakal Beri E-Baucar RM50 Kepada 24,000 Penumpang Mereka

TERKINI
November 25, 2020 - 12:58 PM


Kalau semalam Rileklah keluarkan artikel mengenai Malaysia Airlines beri tiket bersubsidi buat penumpang mereka, hari ini Air Asia pula bakal menawarkan e-baucar yang bernilai RM50 kepada 24,000 pelancong domestik yang bertuah. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah bagi memulihkan industri pelancongan negara Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata e-baucar tersebut adalah salah satu langkah untuk membantu para peniaga yang terlibat dengan industri pelancongan termasuklah restoran, pengendali perjalanan, dan hotel. Ia juga selaras dengan langkah proaktif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam mengumumkan Pelan Pemulihan dan Pakej Ransangan yang terperinci.

Untuk korang yang tak tahu, kerajaan baru-baru ini menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta kepada MOTAC untuk melaksanakan pakej ransangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2021. Ada juga peruntukan lain di bawah MOTAC yang bertujuan membantu sektor pelancongan, seni, dan budaya di negara kita. 

Tapi korang belum boleh tebus e-voucher tersebut dan ianya akan keluar di laman web airasia.com tidak lama lagi. Untuk maklumat terperinci yang lebih lanjut, korang boleh follor mereka di Twitter, Facebook, dan Instagram ya. Selalu la check akaun Air Asia ni, takut terlepas pula nanti. Maklumlah, hanya 24,000 orang sahaja yang bakal menerima baucar ni. Good luck!

Destination: