Datuk Bandar Diikat Di Pokok Sebagai Hukuman Gagal Menunaikan Janji

TERKINI
January 25, 2021 - 06:55 PM


Biasa sangat kan kita dengar manifesto ahli-ahli politik yang menjanjikan pelbagai kemudahan dan keselesaan kepada rakyat sekiranya mereka dipilih? Tetapi lepas dapat jawatan apa pun tak jalan. So apa yang rakyat Malaysia buat? Tidak buat apa-apa pun, sekadar geram macam tu sahaja. Kalau korang nak tahu, di Mexico tak macam tu tau.

Baru-baru ini seorang datuk bandar di Mexico City diikat di pokok dan dimaki hamun oleh penduduk tempatan. Ini kerana beliau tidak menunaikan janjinya untuk memberi bekalan air bersih kepada pengundi. Datuk Bandar Frontera Comapala, Oscar Ramirez Aguilar menjadi mangsa amarah pengundi yang berhimpun dan menangkap beliau untuk mengikat dirinya di sebatang pokok.

Menurut penduduk tempatan, Aguilar berjanji untuk menyediakan fasiliti lengkap untuk membekalkan air bersih. Namun fasiliti yang dibina lansung tidak berfungsi, sekadar dibina ala kadar sahaja. Penduduk yang mengharapkan air bersih dari fasiliti itu sangat kecewa dan sedih dengan usaha yang diberikan. Gagal mengawal kemarahan, mereka bertindak menyerang Aguilar.

Walaupun Aguilar menafikan bahawa dirinya diikat di sebuah pokok, namun terdapat sebuah video yang menjadi bukti bahawa kejadian itu memang betul-betul berlaku. Penduduk di situ kemudiannya memaki hamun datuk bandar tersebut sebelum melepaskannya 2 jam kemudian. Apa pendapat korang tentang berita ni? Janji harus ditetapi betul tak?

Sumber: Harian Metro

Destination: