Jumlah Mangsa Banjir Semakin Meningkat Di 3 Negeri

TERKINI
January 04, 2021 - 08:08 AM


Selamat tahun baru buat pembaca setia Rileklah.com. Nampaknya kita semua berjaya survive menghadapi tahun 2020 tetapi dilanda dengan ujian baru. Banjir di bahagian pantai timur yang melibatkan Terengganu dan Pahang semakin teruk dan jumlah mangsa banjir tersebut turut meningkat. Jumlah mangsa kini berada di 3,979 orang daripada 1223 keluarga. 

Mangsa-mangsa tersebut ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat jam 8 malam tadi terdapat 9 daerah di negeri Pahang terjejas dan mempunyai 91 PPS yang beroperasi. Dan keadaan paling teruk adalah di Kuantan yang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi pada 1097 orang. 

Manakala di Terengganu pula mangsa banjir terdiri daripada daerah Dungun dan Kemaman dan telah meningkat kepada 222 orang dari 68 keluarga. Dua PPS dibuka untuk mangsa-mangsa tersebut di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serba Guna Kampung Shukor. Mangsa di Kemaman pula ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teladas.

Bukan di Terengganu dan Pahang sahaja yang mengalami situasi ini, Johor juga mempunyai bilangan mangsa banjir yang agak tinggi iaitu pada 6391 orang dari 1641 keluarga. Terdapat 60 PPS dibuka di Pontian dan Batu Pahat. Jadi jom sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan warga Johor, Pahang, dan Terengganu. 

Sumber: Berita Harian

Destination: