Malaysia Bakal Alami 'Cuaca Sejuk' Hingga Bulan Mac

TERKINI
January 04, 2021 - 10:51 AM


Selamat tahun baru buat pembaca Rileklah.com. Kalau korang perasan kebelakangan ni cuaca di negara kita sejuk lain macam ya. Tak perlu pasang aircond pun dah menggigil dari pagi sampai lah malam. Ini kerana hujan di merata tempat yang turun semalam. Suhu di sekitar Lembah Klang turun sampai 23 darjah Celcius tau. Suhu terendah sejak beberapa bulan yang lepas. 

Ini semua kerana musim Monsun Timur Laut yang melanda negara kita. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, musim hujan yang bermula pada November lepas dijangka akan berterusan hingga bulan Mac ini. Malaysia akan menerima tiupan angin Timur laut dengan kencang sekali-sekala pada kelajuan 10-20km sejam, menurut kenyataan di laman web MetMalaysia.

Jadi korang yang duduk di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, timur Sabah, dan barat Sarawak dijangka akan menerima hujan lebat berturut-turut di sana. Dan seperti mana yang baru sahaja berlaku di Pahang, Terengganu, dan Johor, jabatan ini telah memberi amaran hujan lebat selama beberapa hari boleh menyebabkan risiko banjir di kawasan rendah. 

Menurut MetMalaysia, kebanyakan bandar di Malaysia akan mengalami hujan berpanjangan dengan suhu yang agak rendah iaitu pada 17 darjah Celcius untuk Cameron Highland, 22 darjah Celcius untuk Kluang, dan 23 darjah Celcius untuk Kuala Lumpur, Temerloh, Kuala Pilah, Kuantan, dan Batu Pahat. Nampaknya ramai juga yang gembira dengan cuaca sekarang ni.

Yelah, Malaysia kan selalunya panas je. Bila dapat rasa peluang untuk menikmati cuaca dan suhu yang sejuk, sudah pastinya ramai yang menyuarakan kegembiraan mereka. Kebanyakan netizen di media sosial menyatakan bahawa mereka tidak perlu buka kipas pun dah boleh rasa kesejukan dari luar. Apa pendapat korang? Seronok tak dengan keadaan cuaca sekarang ni?

Sumber: Sinar Harian

Destination: