Kecoh, WhatsApp Tiba-Tiba Buat Status Di Story Pengguna!

TERKINI
January 29, 2021 - 01:55 PM


Mesti ramai yang bangun tidur hari ini (29 Jan) -- pastinya berasa terkejut apabila membuka telefon pintar masing-masing dan melihat WhatsApp tiba-tiba membuat kemaskini di ruangan Status dengan 4 hantaran terbaharu.

Pastinya ramai juga yang menyangkakan ia adalah scam ataupun spam. Tetapi jangan risau!

Setelah dibuka, ternyata hantaran di ruangan Status oleh WhatsApp itu adalah bagi memaklumkan bahawa mereka kini akan mula mengemaskini sebarang features atau updates di ruangan 'Status' berkenaan -- yang mana belum pernah dilakukan oleh WhatsApp sebelum ini.

Malah, melalui Status update berkenaan juga WhatsApp memberi jaminan bahawa keselamatan data dan privasi penggunanya menjadi keutamaan serta komitmen utama mereka.

Malah mereka turut meyakinkan pengguna bahawa WhatsApp tidak 'membaca atau mendengar' sebarang perbualan peribadi menerusi aplikasi tersebut kerana itu semua adalah “end to end encrypted”.

Berikut merupakan empat Status yang dikemaskini WhatsApp kepada pengguna seluruh dunia hari ini :



 

Destination: