Keliru Kena Masuk Kampus Ke Tidak? Ini Adalah 6 Kategori Pelajar Yang Dibenarkan Pulang 1 Mac 2021

TERKINI
February 02, 2021 - 09:18 AM


Disebabkan wabak COVID-19 tahun lepas, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pelajar akan terus belajar secara online sehingga Disember 2020. Dan akhirnya pada tahun 2021 ini, pelajar yang rindukan suasana belajar secara face-to-face dan berada di dalam kelas boleh kembali pulang ke kampus bermula 1 Mac 2021.

Tapi ada yang keliru adakah kemasukan ini dikenakan terhadap semua pelajar? Jawapannya tidak. Pada 31 Januari 2021 yang lepas, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan satu kenyataan di mana hanya pelajar yang tergolong dalam 6 kategori ini sahaja yang perlu pulang ke ke kampus secara fizikal pada bulan Mac akan datang. Mereka adalah:

  1. Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas
  2. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian
  3. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid
  4. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom
  5. Pelajar berkeperluan Khas (OKU)
  6. Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional

Bukan tu je, untuk pelajar yang perlu pergi ke Sarawak, ujian swab akan dilakukan dan mereka wajib berada di dalam kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan untuk pergi ke kampus. Kos makanan dan kuarantin akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak bermula 1 Mac nanti. Manakala pelajar yang datang dari Sarawak pula perlu ditempatkan di pusat pengasingan yang disediakan oleh IPT masing-masing.

Jadi kalau korang ada apa-apa persoalan dan kekeliruan, bolehlah berhubung dengan Bilik Gerakan Covid-19 KPT di dalam talian (24 jam) di: 

  • 03-8870 6777
  • 03-8870 6949
  • 03-8870 6623
  • 03-8870 6626

Atau korang boleh layari laman web IPT masing-masing untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Destination: