"Kenaikan Harga Barang Masih Normal" Jelas Menteri

TERKINI
November 26, 2021 - 03:44 PM


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan bahawa peningkatan harga barangan ketika ini disifatkan masih lagi dalam situasi normal terutama melibatkan barangan makanan.

Katanya menerusi Utusan Malaysia,  pemantauan terhadap 480 barangan dan 1,583 premis harian, mingguan dan bulanan ini mendapati bahawa kerancakan ekonomi akibat pembukaan banyak sektor menjadikan permintaan bekalan melebihi penawaran menjadi punca, bukan kebenaran rentas negeri.

Menurutnya lagi, susulan dengan pembukaan sektor, ia menyebabkan tekanan harga kerana persaingan yang kuat bagi mendapatkan bekalan.

Malah, beliau juga menjangkakan bahawa keadaan ini bersifat sementara bagi membantu dalam menstabilkan bekalan sebelum kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa faktor cuaca, kos bahan mentah dan permintaan yang melebihi penawaran menjadi punca kenaikan harga terutamanya makanan.

Destination: