Masa Menunggu Grab Lebih Lama Dari Biasa Bermula Sabtu

TERKINI
October 11, 2019 - 11:59 AM


Pengguna Grab pasti tahu yang baru – baru ini (tak baru mana sebenarnya) yang syarikat e-hailing ini dikenakan syarat supaya semua pemandu mereka mempunyai lesen PSV.

Bermula esok (12 Oktober), syarat dan undang – undang berkenaan akan berkuatkuasa dan kesemua pemandu Grab diwajibkan mempunyai lesen PSV dan menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Grab, jangkaan mereka adalah 150 ribu orang pemandu akan menjalani proses mendapatkan lesen PSV, malangnya hanya 41 peratus daripada pemandu yang menepati dan berjaya mendapatkan lesen PSV tersebut.

Selain dari itu, 24% pemandu masih dalam proses menunggu sama ada keputusan ujian ataupun slot ujian.

Disebabkan syarat baru ini, sekurang – kurangnya 22 peratus pemandu telah berhenti menawarkan perkhidmatan atas beberapa sebab terutamanya masa, kos dan terpaksa menurut pelbagai peraturan.

Menurut rekod, pengguna Grab dalam satu hari mencecah satu juta dan secara purata, setiap penumpang akan mendapat Grab dalam masa 6 minit. Malangnya selepas 12 Oktober, masa menunggu ini berkemungkinan akan menjadi lebih lama atas faktor kekurangan pemandu terutamanya waktu puncak dan hujan.

Pihak Grab turut menasihatkan pengguna supaya memesan Grab lebih awal sekiranya ingin kemana – mana selain tidak membatalkan pesanan walaupun waktu menunggu agak lama.

Tips: Pesan diluar waktu puncak. Waktu puncak antara 7 pagi – 9 pagi dan 5 petang sehingga 8 malam.