PKP Lanjut Atau Tidak? Keputusannya Bakal Diketahui Jumaat Ini!

TERKINI
April 08, 2020 - 04:42 PM


DILANJUTKAN ATAU TIDAK?

Itu persoalan status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia dalam tempoh kira-kira 72 jam ini.

Kerajaan dijangka membuat pengumuman berhubung perkara itu pada Jumaat ini (10 April).

PKP yang telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu sepatutnya berakhir pada 14 April ini.

Statusnya sama ada dilanjutkan atau ditamatkan, sudah tentu dinantikan oleh rakyat di seluruh pelusuk negara.

Jika diteliti, rakyat mengharapkan ia tidak dilanjutkan selepas memasuki hari ke-22 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.



Untuk rekod, Malaysia mencatatkan 69 kes sporadik COVID-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara, sebanyak 170 kes baharu COVID-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhan 63 kematian.

P/S: Apa sahaja keputusannya nanti, yang penting kita sebagai rakyat Malaysia kena kekal tenang & duduk di rumah supaya lebih cepat rantaian COVID-19 diputuskan, lagi cepat juga kita semua akan 'dibebaskan'! 

 

Destination: